Salah Faham Dengan Ungkapan Ulama: "Adab Didahulukan Berbanding Mengikut Nabi SAW"

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 265

Salah Faham Dengan Ungkapan Ulama: "Adab Didahulukan Berbanding Mengikut Nabi SAW"

Soalan:

 Assalamualaikum ustaz. Apakah ini juga salah satu kaedah dalam fiqh?

فالأدب مقدّم على الاتباع

"Adab (terhadap Rasulullah) lebih diutamakan daripada mengikuti perintah Rasulullah"

Adakah ianya salah satu kaedah yg bathil?

Jawapan:

1. Ungkapan ini disebut oleh fuqaha kemudian. Antara yang dapat dikesan ialah Sultan alUlama، al-'Izz bin Abdul Salam RH (660H).

2. Ungkapan ini telah disalah gunakan oleh golongan pelampau sufi hari ini, tidak seperti yang dimaksudkan oleh para fuqaha.

3. Adab dan tuntutan mengikut (ittiba') nabi tidak boleh dipisahkan. Mengikut nabi itu adalah adab yang sebenarnya. Menggunakan logik akal sehingga memberi gambaran mengikut Nabi itu menyalahi adab adalah salah. Kerana itu perlu difahami betul-betul kalam ulama yang menyebut ungkapan الأدب مقدم على الاتباع. Di mana para fuqaha yang menyebut ungkapan ini, mereka tidak maksudkan mendahulukan adab dalam urusan wajib dan sunat. Sebaliknya mereka sedang berbicara mana dahulu yang perlu diutamakan antara memuliakan perintah nabi dengan meraikan hak baginda?

Antara dalil yang sering digunakan oleh pelampau sufi untuk mengiyakan kefahaman yang menyeleweng ini ialah, hadis Abu Bakar menjadi Imam ketika Nabi SAW sakit. Apabila Nabi hadir dan memerintahkan Abu Bakar RA agar kekal, namun beliau tetap berganjak untuk baginda mengimamkan solat. Dari hadis ini mereka mendakwa Abu Bakar telah menolak dari akur kepada perintah nabi, dan mendahulukan adab, sedangkan mereka lupa, sememangnya imam solat adalah hak Nabi SAW, sama seperti hak baginda dalam mengeluarkan fatwa.

Kerana itu, sekali lagi saya nyatakan, ungkapan الأدب مقدم على الاتباع yang disebut oleh sebahagian fuqaha kemudian telah disalah fahami, dan dipraktikkan secara salah secara meluas.
 

Cetak
Wallahu a'lam