SUNAT IMAM MEMBERI SALAM SETELAH MENAIKI MIMBAR
Kata Syed Sabiq RH:
استحباب تسليم الامام إذا رقي المنبر والتأذين إذا جلس عليه واستقبال المأمومين له:
فعن جابر رضي الله عنه أن النبي ﷺ كان إذا صعد المنبر سلم. رواه ابن ماجه وفي إسناده ابن لهيعة وهو للاثرم في سننه عن الشعبي عن النبي ﷺ مرسلا، وفي مراسيل عطاء وغيره أنه ﷺ كان إذا صعد المنبر أقبل بوجهه على الناس، ثم قال: (السلام عليكم). قال الشعبي: كان أبو بكر وعمر يفعلان ذلك.
وعن السائب بن يزيد رضي الله عنه قال: النداء يوم الجمعة أوله إذا جلس الامام على المنبر، على عهد رسول الله ﷺ وأبي بكر وعمر فلما كان عثمان وكثر الناس زاد النداء الثالث على الزوراء ولم يكن للنبي ﷺ مؤذن غير واحد. رواه البخاري والنسائي وأبو داود. وفي رواية لهم: فلما كانت خلافة عثمان وكثروا أمر عثمان يوم الجمعة بالاذان الثالث وأذن به على الزوراء فثبت الامر على ذلك. ولاحمد والنسائي: كان بلال يؤذن إذا جلس النبي ﷺ على المنبر ويقيم إذا نزل. وعن عدي بن ثابت عن أبيه عن جده قال: كان النبي ﷺ إذا قام على المنبر استقبله أصحابه بوجوههم، رواه بان ماجه. والحديث وإن كان فيه مقال إلا أن الترمذي قال: العمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي ﷺ وغيرهم يستحبون استقبال الامام إذا خطب.
Maksudnya: “Sunat imam memberi salam apabila telah menaiki mimbar, dlaungkan azan apabila imam duduk di atasnya dan menghadap Jemaah makmum.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW, dahulunya apabila telah menaiki mimbar, baginda memberi salam kepada Jemaah. Riwayat Ibn Majah. Dalam isnadnya terdapat Ibn Lahi‘ah. Hadis ini bagi al-Athram dalam sunannya daripada al-Sya’bi daripada Nabi SAW, riwayat yang mursal. Dalam Marasil ‘Atha dan selain beliau, bahawa Baginda SAW apabila menaiki mimbar, akan menghadapkan wajah kepada orang ramai, kemudian berkata: السلام عليكم. Kata al-Sya’bi: “Demikian itu juga yang dilakukan oleh Abu Bakar dan ‘Umar.”
Daripada al-Sa’ib bin Yazid (السَّائبِ بنِ يَزيدَ) RA yang berkata: “Azan pada hari Jumaat dahulunya apabila imam mula duduk di atas mimbar dilakukan di zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar dan ‘Umar. Apabila zaman ‘Uthman dan orang semakin ramai, beliau menambah laungan azan ketiga di al-Zaura’. Sedangkan tidak ada muazzin Nabi SAW (di Madinah) melainkan seorang sahaja. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Abu Daud. Dalam riwayat ulama hadis lain: “Ketikamana pada pemerintahan ‘Uthman, orang bertambah ramai, lalu ‘Uthman memerintahkan pada hari Jumaat dengan dilaungkan azan ketiga yang dilaungkan di al-Zaura’, maka kekallah berlaku seperti itu.
Di sisi Ahmad dan al-Nasai’e: “Dahulunya Bilal akan melaungkan azan apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, dan beliau akan melaungkan iqamah apabila baginda turun dari mimbar. Daripada ‘Adiy bin Thabit daripada bapanya dan datuknya yang berkata:”Dahulunya Nabi SAW apabila berdiri di atas mimbar baginda akan mengadapkan wajahnya kepada para sahabat.” Riwayat Ibn Majah. Hadis ini sekalipun terdapat perbincangan dalam kalangan ulama, melainkan al-Tirmizi telah berkata: “Ia diamalkan oleh para ulama dari kalangan sahabat Nabi SAW dan selain mereka yang mengatakan sunat imam menghadap kepada Jemaah ketika memberi khutbah.”
HURAIAN
Khatib Memberi Salam
Sunat khatib memberi salam kepada jemaah apabila menaiki mimbar dan memandang ke arah mereka adalah pandangan para ulama mazhab Syafi’e (al-Majmu’ 4/527) dan Hambali (al-Mughniy 2/219), berberza dengan ulama mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan tidak disyariatkan khatib memberi salam kepada makmum sebaik sahaja menaiki mimbar. (Lihat Khutbah al-Jumu‘ah 223)
Hadis Jabir yang disertakan oleh Syed Sabiq adalah hadis dhaief di sisi sebahagian ulama. Kata al-Nawawi dalam Khulasah al-Ahkam 2/793:
“Ia diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi dari riwayat Ibn Lahi‘ah, dan ia lemah.”
al-Busiri al-Syafi’e (البوصيري الشافعي) yang meninggal dunia pada tahun 840H dalam Misbah al-Zujajah Fi Zawa’id Ibn Majah (1/370) menyatakan: “Isnad ini lemah disebabkan lemahnya Ibn Lahi‘ah”, seperti yang dinyatakan oleh Syed Sabiq. Namun hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Jami’ al-Sahih wa Ziyadatuh 1/8876.
Kata al-Syirazi dalam al-Muhazzab:
ومن سنها إذا صعد المنبر ثم أقبل علي الناس أن يسلم عليهم لِما رُوِيَ أنَّ النَّبِيَّ ﷺ «كان إذا صعد المنبر يوم الجمعة واستقبل الناس بوجهه قال السلام عليكم» ولانه استدبر الناس، في صعوده فإذا اقبل عليهم سلم
Maksudnya: “Dan termasuk dari sunat khutbah iaitulah apabila menaiki mimbar, kemudian menghadap ke aras orang ramai (jemaah), memberi salam kepada mereka berdasarkan riwayat bahawa Nabi SAW: “Apabila baginda menaiki mimbar pada hari Jumaat, baginda menghadapkan wajah kepada orang ramai dan berkata: “Assalamu ‘alaikum,” kerana baginda telah membelakangi mereka ketika menaiki mimbar. Maka apabila menghadap mereka, baginda memberikan salam.”
Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmu’ 4/527:
إذا وصل أعلا المِنبَرِ وأقْبَلَ عَلى النّاسِ بِوَجْهِهِ يُسَلِّمُ عَلَيْهِمْ لِما ذَكَرَهُ المُصَنِّفُ قالَ أصْحابُنا وإذا سَلَّمَ لَزِمَ السّامِعِينَ الرَّدُّ عَلَيْهِ وهُوَ فَرْضُ كِفايَةٍ كالسَّلامِ فِي باقِي المَواضِعِ وهَذا الَّذِي ذَكَرْناهُ مِن اسْتِحْبابِ السَّلامِ الثّانِي مَذْهَبُنا ومَذْهَبُ الأكْثَرِينَ وبِهِ قالَ ابْنُ عَبّاسٍ وابْنُ الزُّبَيْرِ وعُمَرُ بْنُ عَبْدِ العَزِيزِ والأوْزاعِيُّ وأحْمَدُ * وقالَ مالِكٌ وأبُو حَنِيفَةَ يُكْرَهُ
Maksudnya: “Apabila khatib sampai ke bahagian mimbar teratas dan menghadapkan wajahnya kepada orang ramai, dia memberi salam kepada mereka semua berdasarkan riwayat yang disebut oleh al-Syirazi. Kata Ashab kami, apabila khatib memberi salam, maka hendaklah jemaah yang mendengar menjawabnya, hukumnya adalah fardhu kifayah, sama seperti salam di tempat lain. Sunat memberi salam kedua ini (salam pertama diberikan kepada jemaah yang berdekatan sebaik sahaja imam masuk ke dalam masjid) adalah pandangan mazhab kami dan mazhab kebanyakan ulama. Inilah juga pandangan Ibn ‘Abbas, Ibn al-Zubair, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, al-Auzai‘e dan Ahmad. Manakala Malik dan Abu Hanifah berpandangan dimakruhkan.”
Selain itu, telah menjadi amalan sahabat akan memberi salam apabila berada di atas mimbar setelah menghadapkan muka kepada jemaah. Kata al-Syeikh Husain al-‘Awayisyah dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah 2/380:
قال شيخنا -حفظه الله- في «الصحيحة» تحت الحديث (٢٠٧٦): وممّا يشهد للحديث ويقوّيه أيضًا؛ جريان عمل الخلفاء عليه، فأخرج ابن أبي شيبة عن أبي نضرة قال: «كان عثمان قد كبر، فإذا صعَد المنبر سلّم، فأطال قدْر ما يقرأ إنسان أمّ الكتاب». وإسناده صحيح. ثمَّ روى عن عمرو بن مهاجر: «أنّ عمر بن عبد العزيز كان إذا استوى على المنبر سلّم على الناس وردّوا عليه». وسنده صحيح أيضًا.
Maksudnya: “Kata syeikh kami (al-Syeikh Nasiruddin al-Albani RH) dalam al-Sahihah, hadis bilangan 2076, antara bukti yang dapat menyokong hadis (Jabir RA) dan menguatkannya juga, ialah Jarayan Amal (menjadi amalan) para khulafa’ selepas baginda. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan daripada Abi Nadhrah yang berkata: “Dahulu ‘Uthman ketika telah lanjut usia, apabila menaiki mimbar, beliau memberikan salam. Beliau memanjangkan tempoh selepasnya pada kadar membaca surah al-Fatihah.” Isnadnya sahih. Kemudian beliau meriwayatkan daripada ‘Amr bin Muhajir: “Bahawa ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz dahulunya apabila berada di atas mimbar, beliau memberi salam kepada orang ramai (jemaah), dan mereka menjawab salamnya.” Sanadnya riwayat ini juga sahih.”
Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman bin Muhammad al-Hamd dalam bukunya Khutbah al-Jumu‘ah Fi al-Kitab wa al-Sunnah, halaman: 20 berkata: “Disyariatkan bagi imam apabila telah keluar kepada orang ramai (untuk memulakan khutbah), dan setelah menaiki mimbar untuk memberi salam kepada mereka semua dengan ungkapan: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Azan Dilaungkan Apabila Imam Duduk Di Atas Mimbar
Disunatkan Imam atau khatib duduk selepas memberi salam di atas mimbar sehinggalah azan selesai dilaungkan. Inilah pandangan keempat-empat mazhab, Hanafi (al-Fatawa al-Hindiyyah 1/147), Maliki (Mawahib al-Jalil 2/538), Syafi’e (al-Majmu’ 4/527) dan Hambali (Syarh Muntaha al-Iradat 1/317). Bahkan terdapat nukilan telah berlaku ijmak dalam perkara ini, antaranya Ibn al-Munzir dalam al-Awsath 4/66 berkata:
الذي عليه عملُ أهل العِلم من علماء الأمصارِ ما يَفعلُه الأئمَّة، وهو جلوس الإمامِ على المنبر أوَّل ما يَرقى إليه، ويؤذِّن المؤذِّنُ والإمامُ جالس، فإذا فرَغ المؤذن من الأذان قام الإمامُ، فخَطب خُطبة، ثم جلَس وهو في حال جلوسه، غير خاطب ولا يتكلَّم، ثم يقوم فيخطب الخُطبةَ الثانية، ثم ينزل عند فراغه
Maksudnya: “Menjadi amalan para ulama kota-kota Islam apa yang dilakukan oleh para imam iaitulah imam duduk di atas mimbar adalah perkara pertama yang dilakukan apabila berada di atas mimbar, dilaungkan azan dalam keadaan imam duduk. Apabila selesai dilaungkan azan, imam berdiri dan menyampaikan khutbah. Kemudian duduk semula, tidak menyampaikan khutbah dan tidak berkata-kata, kemudian berdiri semula dan menyampaikan khutbah kedua, kemudian turun (dari mimbar) apabila selesai.”
Ibn Rejab dalam Fath al-Bari 5/460 berkata:
جلوسُ الإمام على المنبر يومَ الجمعة إذا رقِيَ المنبر حتى يفرغ من الأذان سُنَّةٌ مسنونة، تلقَّاها الأمَّة بالعمل بها خلفًا عن سلف، إلَّا أنَّ ابن عبد البر حكَى عن أبي حنيفة: أنه غير مسنون. ولا خلافَ أنه غيرُ واجب
Maksudnya: “Duduk imam di atas mimbar pada hari Jumaat apabila menaiki mimbar sehingga selesai dilaungkan azan adalah sunat. Umat Islam mengambil perkara ini dari generasi salaf, melainkan Ibn Abd al-Barr ada menghikayatkan daripada pandangan Abu Hanifah yang mengatakan perkara itu tidak disunatkan. Namun tiada khilaf ia bukan satu perkara yang wajib.”
Hadis Sa‘id bin Yazid secara jelas menunjukkan laungan azan dilakukan sebaik sahaja imam berada di atas mimbar (selepas memberi salam). Terdapat nukilan telah berlaku ijmak dalam perkara ini. Kata Ibn Qudamah RH dalam al-Mughniy 2/220:
أمَّا مشروعية الأذان عقيبَ صعود الإمام، فلا خلافَ فيه؛ فقد كان يؤذَّن للنبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
Maksudnya: “Adapun pensyariatan azan sebaik sahaja imam menaiki mimbar, maka tiada perbezaan pendapat tentangnya. Itulah yang telah dilakukan untuk Nabi SAW.”
Azan Jumaat Dilaungkan Di Hadapan Imam Yang Berada Di Atas Mimbar
Kata Ibn Rejab RH dalam Fath al-Bari 5/449:
دلَّ الحديث على أنَّ الأذان الذي كان على عهد رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وأبي بكر وعمر هو النِّداءُ الذي بين يدي الإمام عندَ جلوسه على المنبر، وهذا لا اختلافَ فيه بين العلماء
Maksudnya: “Hadis ini (hadis Sa’ib bin Yazid RA) menunjukkan bahawa azan di zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar dan ‘Umar, adalah azan yang dilaungkan di hadapan imam ketika imam duduk di atas mimbar. Perkara ini tiada perbezaan dalam kalangan ulama.”
Abu Daud meriwayatkan daripada Sa’ib (السائب) yang berkata:
كان يؤذن بين يدي رسول الله - ﷺ - إذا جلس على المنبر يوم الجمعة على باب المسجد، وأبي بكر وعمر
Maksudnya: “Dahulunya dilaungkan azan di hadapan Rasulullah SAW, apabila baginda telah duduk di atas mimbar pada hari Jumaat, azan itu dilaungkan di pintu masjid, demikian juga di zaman Abu Bakar dan ‘Umar.”
al-Albani dalam Da‘ief Abi Daud 2/5 mendakwa lafaz tambahan “di pintu masjid” dalam riwayat Abu Daud ini mungkar. Namun beliau sertakan tanbih selepasnya dengan menyatakan: “Riwayat Ibn Ishak – dengan tambahan ini (“di pintu masjid”) – dinisbahkan oleh al-Hafidz dalam al-Fath kepada al-Tabarani sahaja dan beliau (al-Hafidz) tidak memberi sebarang komentar.”
al-Syeikh Dr. Bakr Abu Zaid dalam bukunya La Jadid Fi Ahkam al-Solah, hal: 23 menyatakan:
ومقتضى شرطه في (المقدمة/هدي الساري (ص:٤) أن ما سكت عليه في الفتح فهو صحيح أو حسن(
Maksudnya: “Menurut syarat beliau (al-Hafidz Ibn hajar) seperti yang beliau nyatakan pada bahagian muqaddimah/Hady al-Sari, hal: 4: “Bahawa yang daku diamkan dalam kitab al-Fath, maka ia riwayat yang sahih atau hasan.”
Ibn Rejab mengatakan riwayat ini terdapat tambahan maklumat bahawa azan yang dilaungkan tersebut bukan di dalam masjid sebaliknya di pintu masjid sehingga dapat didengar oleh mereka yang berada di dalam dan di luar masjid.
al-Saharanfuri (السهارنفوري) dalam Badzl al-Majhud Fi Hall Sunan Abi Daud 5/110 menyatakan, pintu masjis yang dimaksudkan adalah berada di arah utara. Maka apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar untuk berkhutbah, pintu ini berada di arah hadapan baginda. Maka ungkapan بين يدي yang diterjemahkan sebagai “di hadapan” memaksudkan umum, merangkumi sesuatu di arah yang sama, sama ada pada kedudukan bertentangan atau ke kanan atau ke kiri, sama ada di atas tanah atau berada di atas dinding.
Azan Jumaat Adalah Azan Setelah Imam Duduk Di Atas Mimbar
Kata al-Imam al-Syafi’e RH dalam al-Umm 1/224:
والأذانُ الَّذِي يَجِبُ عَلى مَن عَلَيْهِ فَرْضُ الجُمُعَةِ أنْ يَذَرَ عِنْدَهُ البَيْعَ الأذانُ الَّذِي كانَ عَلى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ - ﷺ - وذَلِكَ الأذانُ الَّذِي بَعْدَ الزَّوالِ وجُلُوسِ الإمامِ عَلى المِنبَرِ، فَإنْ أذَّنَ مُؤَذِّنٌ قَبْلَ جُلُوسِ الإمامِ عَلى المِنبَرِ وبَعْدَ الزَّوالِ لَمْ يَكُنْ البَيْعُ مَنهِيًّا عَنْهُ كَما يُنْهى عَنْهُ إذا كانَ الإمامُ عَلى المِنبَرِ وأكْرَهُهُ؛ لِأنَّ ذَلِكَ الوَقْتَ الَّذِي أُحِبُّ لِلْإمامِ أنْ يَجْلِسَ فِيهِ عَلى المِنبَرِ وكَذَلِكَ إنْ أذَّنَ مُؤَذِّنٌ قَبْلَ الزَّوالِ والإمامُ عَلى المِنبَرِ لَمْ يُنْهَ عَنْ البَيْعِ إنّما يُنْهى عَنْ البَيْعِ إذا اجْتَمَعَ أنْ يُؤَذِّنَ بَعْدَ الزَّوالِ والإمامُ عَلى المِنبَرِ
Maksudnya: “Dan azan yang menjadikan orang yang wajib Jumaat meninggalkan jual-beli adalah azan yang dilaungkan di zaman Rasulullah SAW. Azan tersebut adalah yang dilaungkan setelah tergelincir matahari dan setelah imam duduk di atas mimbar. Maka jika tukang azan melaungkan azan sebelum imam duduk di atas mimbar dan selepas waktu zawal (sekalipun), jual-beli masih belum ditegah, sepertimana jual-beli ditegah jika azan tersebut dilaungkan setelah imam berada di atas mimbar (dan setelah waktu zawal) dan daku memakruhkannya. Ini kerana, waktu tersebut (selepas zawal) adalah waktu yang daku suka imam mula duduk di atas mimbar. Demikian juga jika tukang azan melaunkan azan sebelum zawal dan imam telah berada di atas mimbar, masih belum ditegah jual-beli. Sebaliknya jual-beli ditegah apabila berhimpun antara laungan azan, dilakukan selepas zawal (matahari tergelincir) dan imam berada di atas mimbar.”
Berdasarkan lafaz al-Bukhari, al-Sa’ib bin Yazid RA berkata:
كانَ النِّدَاءُ يَومَ الجُمُعَةِ أوَّلُهُ إذَا جَلَسَ الإمَامُ علَى المِنْبَرِ علَى عَهْدِ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، وأَبِي بَكْرٍ، وعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عنْهمَا، فَلَمَّا كانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عنْه، وكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ علَى الزَّوْرَاءِ
Maksudnya: “Dahulunya seruan (azan) pertama pada hari Jumaat, apabila imam duduk di atas mimbar di zaman Nabi SAW, Abi Bakar dan ‘Umar RA. Ketikamana zaman ‘Uthman RA, manusia bertambah ramai, beliau menambah seruan azan ketiga di al-Zaura’.”
Kedudukan al-Zaura’
Terdapat beberapa pandangan ulama dalam memastikan kedudukan al-Zaura’ (الزَّوْراء), antara pandangan tersebut:
- Satu tempat di pasar Madinah berdasarkan huraian al-Bukhari.
- Memaksudkan kepada sebuah batu besar yang terletak berhampiran pintu masjid Nabawi berdasarkan perkataan Ibn Battal.
- Satu kawasan luas dan bersambungan dengan Madinah, dahulunya harta milik Uhaihah bin al-Hallaj al-Huraisy al-Awsi (أحيحة بن الحلاج الحريش الأوسي), berdasarkan perkataan Abu ‘Ubaid.
- Tempat berhampiran masjid Nabawi, meninggi seperti menara yang membezakan antaranya dengan tanah Uhainah berdasarkan perkataan Abu Abdillah al-Hamawi (أبُو عبد الله الحَمَوِيّ).
- Di atas sebuah rumah di pasar (Madinah) yang disebut al-Zaura’ berdasarkan riwayat Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah dengan lafaz: زاد النداء الثّالِث على دار فِي السُّوق يُقال لَها: الزَّوْراء maksudnya: “(‘Uthman) menambah seruan azan ketiga (selain azan Jumaat dan iqamah untuk solat Jumaat) di atas sebuah rumah di pasar (Madinah) yang disebut al-Zaura’.” Berdasarkan riwayat al-Tabarani dengan lafaz: فَأمر بالنداء الأول على دار لَهُ يُقال لَها الزَّوْراء maksudnya: “’Uthman mengarahkan laungan azan pertama (pertama dilaungkan pada hari Jumaat) di atas sebuah rumah milik beliau (‘Uthman) yang dipanggil al-Zaura’.” (Lihat ‘Umdah al-Qari 6/212 oleh Badr al-Din al-‘Aini)
Laungan Azan Jumaat Sekali Atau Dua Kali
Terdapat berbagai pandangan ulama dalam permasalah azan hari Jumaat dilaungkan sekali atau dua kali. Dalam fatwa Jordan atas talian, fatwa bil: 1315, tarikh: 24-05-2011 dinyatakan, Azan yang dilaungkan di zaman Nabi SAW adalah azan yang dilakukan setelah imam menaiki mimbar. Perkara ini tiada perbezaan dalam kalangan ulama akan pensyariatannya seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah RH:
أما مشروعية الأذان عقيب صعود الإمام فلا خلاف فيه, فقد كان يؤذن للنبي صلى الله عليه وسلم، قال السائب بن يزيد: (كان النداء إذا صعد الإمام على المنبر على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم , وأبي بكر وعمر) رواه البخاري
“Adapun masyruknya azan sebaik sahaja imam berada di atas mimbar tiada perbezaan (pendapat ulama) tentangnya, demikianlah yang dilakukan untuk Nabi SAW. Kata Sa’ib bin Yazid: “Dahulunya seruan azan dilakukan apabila imam telah menaiki mimbar di zaman Rasulullah SAW, Abu Bakr dan ‘Umar.” seperti riwayat al-Bukhari.” (al-Mughniy 2/71)
Adapun laungan azan sebelum itu adalah sunnah ‘Uthman bin ‘Affan RA yang telah dipersetujui oleh kebanyakan sahabat. Maka ia menunjukkan perkara itu disyariatkan. ‘Uthman RA mengadakan azan tersebut (azan tambahan) bagi memberi peringatan kepada mereka yang berada di pasar agar bersiap untuk solat Jumaat sebelum waktunya. Tujuannya adalah untuk memberi peringatan supaya bersiap untuk solat Jumaat. Kerana itu azan tersebut kekal sehingga ke hari ini, sebagai mengikut sunnah para sahabat RA.
Sekalipun waktu antara dua azan yang diamalkan di negara kita hari ini (Jordan) memakan waktu yang pendek. Namun tetap terlaksana asas sunnah ‘Uthman RA, terlaksana memberi peringatan yang dimaksudkan.Lalu dapat diberi ruang kepada orang ramai beberapa minit tambahan bagi membantu mereka bersegera hadir ke masjid sebelum imam naik ke atas mimbar. Kami berpandangan tiada sebab untuk mengingkari azan tambahan yang ada hari ini (pada hari Jumaat). Apatah lagi tujuan memberi peringatan (sama seperti tujuan asal ‘Uthman) terlaksana dengan azan tersebut. Maka asas pensyariatannya adalah petunjuk dari para sahabat RA. Sekalipun terdapat sebahagian athar yang mensifatkan azan tambahan ini sebagai muhdath (suatu rekaan) seperti yang dinukilkan oleh Ibn Rejab dalam Fath al-Bari 8/218-220, sebenarnya yang dimaksudkan adalah ia tiada di zaman Nabi SAW, bukan memaksudkan menjatuhkan hukum tertegah atau haram. Sesungguhnya sahabat yang menambah azan tersebut dan sahabat lain menyetujuinya, tiada juga bukti tegahan dan hukum haramnya.
Penghujungnya dalam perkara ini, bahawa ulama mazhab Syafi’e berpandangan yang lebih afdhal (lebih utama) adalah berpada dengan satu azan, tiada seorangpun dari kalangan mereka yang mengatakan azan ‘Uthman RA itu dilarang atau makruh. Kata al-Imam al-Syafi’e RA:
وأيهما كان - يعني أن الأذان أحدثه عثمان أو معاوية - فالأمر الذي على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أحب إلي
"Siapapun yang memulakannya - sama ada ‘Uthman atau Mu‘awiah – perkara tersebut (azan Jumaat) seperti yang ada di zaman Rasulullah SAW adalah lebih daku sukai.” (al-Umm 1/224)
Ibn Hajar al-Haitami RH berkata:
وأما الأذان الذي قبله على المنارة فأحدثه عثمان رضي الله عنه، وقيل معاوية رضي الله عنه لما كثر الناس، ومن ثَمَّ كان الاقتصار على الاتباع أفضل، أي: إلا لحاجة، كأن توقف حضورهم على ما بالمنائر
Adapun azan sebelumnya (azan pertama) yang dilaungkan di atas menara, ia diadakan oleh ‘Uthman RA. Ada yang berkata ia dimulakan oleh Mu‘awiah RA apabila orang semakin ramai (di zamannya). Namun berpada dengan mengikut Nabi SAW adalah lebih utama, melainkan jika ada keperluan seperti orang ramai tidak hadis melainkan setelah dilaungkan azan dari atas menara-menara.” (Tuhfah al-Muhtaj 2/460)
al-Syeikh al-Bakari al-Dimyati al-Syafi’e ketika memberi komen perkataan Ibn Hajar ini berkata: “Perkataan beliau: “Jika ada keperluan” iaitulah pada ketika itu bukanlah berpada dengan mengikut sunnah Nabi itu yang lebih utama, bahkan mendatangkan azan tambahan itu kerana keperluan.” Sebelum itu beliau berkata: “Adapun azan kedua (azan tambahan) tiada seorangpun yang menyebut ia sunnah, bahkan yang dinyatakan ialah ia merupakan perkara yang dimulakan oleh ‘Uthman apabila orang semakin ramai. Kemuncak yang boleh diambil manfaat darinya ialah azan tambahan tersebut adalah harus, bukan sunnah.” (I‘anah al-Talibin 1/269).” (Fatwa Jordan atas talian: https://www.aliftaa.jo/Question2.aspx?QuestionId=1315#.ZBL4RHZBzIU dilihat pada 16/03/2023; jam: 19:07)
al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Solah, hal: 513-514 menyatakan azan Jumaat sekali atau dua kali, kedua-duanya perkara yang baik dan tidak perlu diperbalahkan. Siapa yang melaungkan azan Jumaat sekali, maka ia bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Siapa yang melaungkan azan Jumaat dua kali, ia bertepatan dengan perbuatan ‘Uthman bin ‘Affan RA yang merupakan khalifah ketiga menggantikan kepimpinan Rasulullah SAW. Baginda SAW juga telah memerintahkan kita semua mengamalkan sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyah selepas baginda.
Sebuah hadis daripada Abi Yazid RA menyatakan: “Dahulunya seruan azan pertama (azan Jumaat) pada hari Jumaat apabila imam telah duduk di atas mimbar di zaman Rasulullah SAW, Abu Bakr dan ‘Umar. Apabila orang semakin ramai ‘Uthman menambah azan ketiga (ketiga dengan selain azan Jumaat dan iqamat) di al-Zaura’. Tiada ada tukang azan (Jumaat) bagi Nabi SAW melainkan seorang.” Kata al-Qaradhawi: “al-Zaura’ adalah satu tempat yang meninggi di pasar Madinah.”
Dalam riwayat lain dinyatakan, apabila orang semakin ramai di zaman pemerintahan ‘Uthman, beliau memerintahkan dilaungkan azan (azan tambahan) pada hari Jumaat dan azan tersebut dilaungkan di al-Zaura’. Maka berterusanlah laungan azan tersebut. Seterusnya al-Qaradhawi berkata:
“Pandanganku, masyarakat Islam perlu kembali kepada keadaan yang ada di zaman Nabi SAW. Tidak ada keperluan untuk kita mengadakan azan lain (dari azan yang dilaungkan di zaman Nabi SAW), setelah masyarakat semuanya dapat mengetahui waktu azan dan dapat mendengarnya dengan mudah dari siaran-siaran radio dan television, demikian juag setiap setiap individu memiliki jam tangan. Kami di Qatar berpada dengan laungan azan sekali dan kami tidak menghadapi apa-apa masalah. Oleh itu kembali kepada sunnah itu adalah perkara yang lebih utama.”