SDI 1854: Kelahiran Tanpa Darah Tetapi Ada Cairan / Childbirth Without Blood but With Fluid

Soalan: 

Saya ada membaca penjelasan ustaz tentang mandi wiladah. Soalan saya bagaimana pula jika kelahiran itu tidak diiringi darah, tetapi ia keluar bersama dengan cairan bukan darah, apakah wajib mandi juga?

Jawapan: 

Kebiasaannya kelahiran atau wiladah akan disusuli dengan darah. Namun jika berlaku kelahiran tanpa darah dan hanya disusuli cairan, maka wanita tersebut wajib mandi kerana kelahiran. Dalam Fath al-Qarib al-Mujib Fi syarh Alfaz al-Taqrib, halama: 42 dinyatakan: 

(وثلاثة تختص بها النساء؛ وهي: الحيض)، أي الدم الخارج من امرأة بلغت تسع سنين، (والنفاس) وهو الدم الخارج عقب الولادة؛ فإنه موجب للغسل قطعا، (والوِلادة) المصحوبة بالبلل موجبة للغسل قطعا. والمجردة عن البلل موجبة في الأصح.

“(Dan tiga mandi wajib yang khusus bagi wanita, iaitu: haid) – yakni darah yang keluar dari seorang wanita yang telah mencapai usia sembilan tahun, (dan nifas) – iaitu darah yang keluar mengiringi kelahiran; maka sesungguhnya ia mewajibkan mandi secara pasti, (dan kelahiran) yang disertai dengan cairan kelembapan mewajibkan mandi secara pasti. Adapun kelahiran yang tidak disertai dengan kelembapan (tiada juga darah) maka ia tetap mewajibkan mandi menurut pendapat yang Asah.”

 

----- Terjemahan English Versi Chatgpt -----

 

SDI 1854: Childbirth Without Blood but With Fluid

Question:

I have read your explanation regarding ghusl wilādah (the ritual bath after childbirth). My question is: what if childbirth occurs without the discharge of blood, but only with the release of non-bloody fluid? Is ghusl still obligatory in this case?

Answer:

Normally, childbirth (wilādah) is accompanied by bleeding. However, if childbirth occurs without blood, and only fluid is discharged, the woman is still required to perform ghusl due to childbirth itself.

In Fath al-Qarib al-Mujib fī Sharh Alfāz al-Taqrib, p. 42, it is stated:

“(There are three cases specific to women which necessitate ghusl: menstruation) – that is, the blood that exits from a woman upon reaching the age of nine years, (and postnatal bleeding) – which is the blood discharged following childbirth; this definitely obligates ghusl, (and childbirth) – when accompanied by moisture, it certainly necessitates ghusl. As for childbirth without any accompanying moisture (and without blood), it still necessitates ghusl according to the sounder opinion (al-asah).”

Therefore, in both cases—whether accompanied by blood, other fluids, or even with no discharge at all—the act of childbirth itself obligates ghusl, based on the stronger opinion in the Shāfi‘ī school.


Cetak  
Wallahu a'lam