Hukum-Hakam Berkaitan Saluran Najis Sementara Oleh Doktor Untuk Pesakit Bagi Membolehkannya Membuang Air

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 10

Ditulis oleh: al-Syeikh Abdul Ra’uf Hashim al-Syawish Aal Khattab.
Terjemahan: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Bagi sesiapa yang diuji oleh Allah SWT dengan sesuatu kemalangan sehingga saluran kencingnya rosak, sehingga doctor terpaksa membuatkan saluran sementara untuknya, maka di bawah ini beberapa hukum yang berkaitan:

[1] Saluran sementara (المنفذ العارض) mengambil hukum asal bagi saluran buang air dalam segala hal jika yang saluran asal tertutup secara asal kejadian, iaitu bagi yang dilahirkan dalam keadaan tertutup saluran buang airnya, sehingga tidak keluar sesuatu daripadanya, walaupun secara zahir ia terbuka.

Jika saluran yang asal tertutup secara sementara atau kerana sesuatu yang berlaku. Seperti seorang yang dilahirkan normal, kemudian kerana sesuatu sebab, saluran asal itu tertutup sehingga tidak keluar darinya sesuatu, dan saluran yang dibuka doktor itu berada di bawah perut, maka saluran sementara itu mengambil hukum saluran asal dalam tiga perkara sahaja:

(i) Batal wuduk dengan keluar sesuatu darinya.

(ii) Harus disetubuhi pada saluran tersebut.

(iii) Tidak batal wuduk dengan tidur dalam keadaan saluran itu menetap tetap.

Dalam Hasyiah al-Jamal 1/65 dinyatakan:

تَحْتَ مَعِدَةٍ ... لَا فَرْقَ بَيْنَ وُجُودِهِ مِنْ نَاحِيَةِ الْقُبُلِ، أَوْ الدُّبُرِ ... تَحْتَ مَعِدَةٍ أَيْ وَكَانَ قَرِيبًا مِنْهَا، وَالْمُرَادُ بِالْقُرْبِ أَنْ يَكُونَ الثَّقْبُ فِي الْعَوْرَةِ لِإِخْرَاجِ مَا لَوْ انْفَتَحَ فِي الرُّكْبَةِ أَوْ السَّاقِ

 “di bawah perut...” tidak ada beza sama ada ia berada di bahagian hadapan atau belakang... maksud ‘di bawah perut’ yakni ia dekat dengan perut, dan yang dimaksudkan dengan ‘dekat’ ialah jika lubang itu berada di kawasan aurat untuk mengeluarkan apa-apa yang terbuka di lutut atau betis.”

Dinyatakan juga dalam Hasyiah al-Jamal 1/65:

قَوْلُهُ: وَالْفَرْجُ مُنْسَدٌّ، أَيْ انْسِدَادًا عَارِضًا وَحِينَئِذٍ يُعْطَى الثَّقْبُ ثَلَاثَةَ أَحْكَامٍ النَّقْضَ بِالْخُرُوجِ مِنْهُ وَجَوَازَ وَطْءِ الزَّوْجَةِ فِيهِ وَعَدَمَ النَّقْضِ بِنَوْمِهِ مُمَكِّنًا لَهُ

“Katanya: (dan faraj tertutup) yakni tertutup sementara, maka ketika itu lubang itu diberi tiga hukum: batal wuduk dengan keluarnya sesuatu darinya, harus suami menyetubuhi isterinya padanya (lubang sementara tersebut), dan tidak batal wuduk dengan tidurnya dalam keadaan mampu menguasainya (menetap sehingga tidak mungkin berlaku perkara membatalkan wudhu).”

Dalam Fath al-Wahhab Bi Syarh Manhaj al-Tullab 1/9 dinyatakan:

وَخَرَجَ بِالْفَرْجِ وَالثَّقْبِ الْمَذْكُورَيْنِ خُرُوجُ شَيْءٍ مِنْ بَقِيَّةِ بَدَنِهِ كَدَمِ فَصْدٍ وَخَارِجٍ مِنْ ثَقْبٍ فَوْقَ الْمَعِدَةِ أَوْ فِيهَا أَوْ مُحَاذِيهَا وَلَوْ مَعَ انْسِدَادِ الْفَرْجِ أَوْ تَحْتَهَا مَعَ انْفِتَاحِهِ فَلَا نَقْضَ بِهِ لِأَنَّ الْأَصْلَ عَدَمُ النَّقْضِ وَلِأَنَّ الْخَارِجَ فِي الْأَخِيرَةِ لَا ضَرُورَةَ إلَى مَخْرَجِهِ وَفِيمَا عَدَاهَا بِالْقَيْءِ أَشْبَهُ إذْ مَا تُحِيلُهُ الطَّبِيعَةُ تُلْقِيهِ إلَى أَسْفَلَ وَهَذَا فِي الِانْسِدَادِ الْعَارِضِ أَمَّا الْخِلْقِيُّ فَيَنْقُضُ مَعَهُ الْخَارِجُ مِنْ الثَّقْبِ مُطْلَقًا، والمنسد حينئذ كعضو زائد من الخنثى ولا وُضُوءَ بِمَسِّهِ وَلَا غُسْلَ بِإِيلَاجِهِ وَلَا بِالْإِيلَاجِ فِيهِ قَالَهُ الْمَاوَرْدِيُّ

“Dan terkecuali dengan faraj dan lubang yang dinyatakan tersebut keluarnya sesuatu dari (saluran yang berada pada) anggota badannya yang lain seperti keluarnya darah fasd, dan sesuatu yang keluar dari lubang di bahagian atas dari perut atau pada perut atau sejajar dengan perut, walaupun dengan tertutupnya faraj, atau di bawa perut, sedang saluran faraj masih terbuka, maka tidak batal wudhu dengan sesuatu yang keluar tersebut kerana asalnya tidak batal, dan kerana yang keluar dalam keadaan yang dinyatakan tidak ada keperluan mendesak pada tempat keluar itu, dan apa-apa yang keluar selain daripada bawah perut adalah menyerupai muntah, kerana apa yang diproses oleh tabi‘at akan dihantar ke bawah. Ini dalam keadaan tertutup saluran biasa dalam bentuk sementara. Adapun jika secara kejadian (lahir tertutup saluran biasa) maka batal wudhu dengan keluarnya sesuatu dari lubang itu secara mutlak. Dan yang tertutup ketika itu sama seperti anggota tambahan bagi khunsa; tidak batal wuduk dengan menyentuhnya, tidak wajib mandi dengan memasukkannya atau dengan dimasuki ke dalamnya, demikian kata al-Mawardi.”

Dalam Hasyiah al-Jamal 1/65 berkaitan saluran sementara jika saluran asal tertutup secara asal kejadian dinyatakan:

وَتَنْتَقِلُ إلَيْهِ جَمِيعُ أَحْكَامِ الْأَصْلِيِّ وَمِنْهَا الِاكْتِفَاءُ فِيهِ بِالْحَجَرِ وَمِنْهَا سُتْرَةٌ عَنْ الْأَجَانِبِ وَفِي الصَّلَاةِ وَلَوْ حَالَ السُّجُودِ لَوْ كَانَ فِي الْجَبْهَةِ مَثَلًا عَلَى الْمُعْتَمَدِ؛ لِأَنَّهُ عَوْرَةٌ وَكَشْفُهَا يُبْطِلُهَا خِلَافًا لِلْخَطِيبِ وَانْظُرْ قَدْرَ مَا يَجِبُ سَتْرُهُ وَيُبْطِلُ كَشْفُهُ فِي الْجَبْهَةِ وَغَيْرِهَا

“Maka berpindahlah kepadanya semua hukum saluran asal, antaranya mencukupi dengan batu (untuk istinja’), antaranya ia adalah aurat daripada pandangan ajnabi dan dalam solat sekalipun ketika sujud jika ia berada di dahi misalnya, menurut pendapat yang muktamad; kerana ia aurat dan menyingkapnya membatalkan solat, berbeza dengan al-Khatib, dan lihatlah kadar yang wajib ditutup dan membatalkan solat jika dibuka kadar wajib di tutup pada dahi dan selainnya.”

Dalam Fath al-Wahhab 1/9 dinyatakan juga:

وَحَيْثُ أُقِيمَ الثَّقْبُ مَقَامَ الْمُنْسَدِّ فَلَيْسَ لَهُ حُكْمُهُ مِنْ إجْزَاءِ الْحَجَرِ وَإِيجَابِ الْوُضُوءِ بِمَسِّهِ وَالْغُسْلِ بِالْإِيلَاجِ بِهِ أَوْ الْإِيلَاجِ فِيهِ وَإِيجَابِ سَتْرِهِ وَتَحْرِيمِ النَّظَرِ إلَيْهِ فَوْقَ الْعَوْرَةِ لِخُرُوجِهِ عَنْ مَظِنَّةِ الشَّهْوَةِ وَلِخُرُوجِ الِاسْتِنْجَاءِ بِالْحَجَرِ عَنْ الْقِيَاسِ فَلَا يَتَعَدَّى الْأَصْلِيَّ

“Dan apabila lubang itu diadakan bagi menggantikan saluran asal yang tertutup, maka tiada bagi lubang itu hukum dari segi memadai dengan batu ketika istinja’, mewajibkan wuduk dengan menyentuhnya, mandi dengan memasukkannya atau dimasuki ke dalamnya, wajib menutupnya dan haram melihatnya, jika ia berada di atas dari bahagian aurat; kerana ia keluar daripada tempat yang biasanya mendatangkan syahwat, dan kerana istinja’ dengan batu keluar daripada qiyas maka tidak melepasi yang asal.”

Dalam Hasyiah al-Jamal 1/66 dinyatakan:

قَوْلُهُ: وَحَيْثُ أُقِيمَ الثَّقْبُ إلَخْ) ظَاهِرُهُ رُجُوعُهُ لِلِانْسِدَادِ الْعَارِضِ وَالْخِلْقِيِّ، وَالْمُعْتَمَدُ خِلَافُهُ فِي الْخِلْقِيِّ فَيَثْبُتُ لِلْمُنْفَتِحِ جَمِيعُ الْأَحْكَامِ عَلَى الْمُعْتَمَدِ

“Perkataannya: (dan apabila lubang itu dijadikan berada...) zahirnya ia kembali kepada saluran asal yang tertutup sama ada sementara dan secara asal kejadian, dan pendapat yang muktamad hukum berbeza pada saluran asal yang tertutup secara asal kejadian, maka tetaplah bagi yang saluran terbuka semua hukum menurut pendapat muktamad.”

 

Cetak
Wallahu a'lam