SDI 1911: Hukum Membakar Untuk Melupuskan Tisu-tisu Badan Manusia

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 78

Soalan:

Selepas pembedahan dan proses kelahiran secara normal, akan berbaki tisu-tisu manusia yang rosak dan perlu dilupuskan kerana bahayanya terhadap kesihatan awam. Maka tisu-tisu tersebut dihantar menggunakan bekas khas ke insinerator (tempat pembakaran) sisa perubatan hospital. Tisu yang dijangkiti dan berpenyakit dikendalikan dengan sangat berhati-hati dan dilupuskan melalui pembakaran sepenuhnya. Manakala janin yang gugur dari rahim diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan oleh mereka. Maka adakah prosedur-prosedur ini betul menurut syarak?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, dan selawat serta salam ke atas junjungan kami Rasulullah .

Jumhur fuqaha’ menyatakan, sunat untuk mengebumikan setiap sesuatu yang terpisah daripada orang hidup, serta segala yang dibuang oleh seseorang seperti kuku, rambut dan darah.

Al-Imam al-Nawawi رحمه الله berkata:

“Para sahabat kami berkata: Pengebumian tidak terhad kepada anggota daripada seseorang yang diketahui kematiannya sahaja, bahkan setiap sesuatu yang terpisah daripada orang hidup, sama ada anggota badan, rambut, kuku dan selainnya daripada bahagian-bahagian tubuh yang disunatkan untuk dikebumikan. Begitu juga hendaklah ditanam mudghah (keguguran berbentuk ketulan daging) dan ‘alaqah (keguguran dalam bentuk ketulan darah) yang dikeluarkan oleh wanita (yang keguguran kandungan), dan demikian juga darah fasd.”

Dalam pengebumian perkara-perkara ini terdapat unsur pemuliaan terhadap manusia. Sesungguhnya Allah عز وجل telah memuliakan manusia dan melebihkan manusia ke atas banyak makhluk-Nya yang lain. Firman Allah Taala:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami kurniakan mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka atas banyak daripada makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang nyata.”
(al-Isrā’: 70)

Pemuliaan terhadap manusia menuntut agar semua anggota badan yang terpotong daripadanya dikebumikan, supaya tidak dihina atau diperlakukan secara tidak wajar, sama ada dengan sengaja atau tidak. Di samping itu, penanaman perkara-perkara tersebut ke dalam tanah juga menghasilkan kebersihan dan mencegah pencemaran.

Namun, jika anggota-anggota tersebut mendatangkan bahaya, maka tidak mengapa untuk membakarnya dan melupuskannya tanpa pengebumian, kerana pengebumian itu adalah sunat dan bukan wajib — sebagaimana yang ditegaskan oleh jumhur fuqaha’. Perkara yang lebih utama ialah dikebumikan, kecuali jika pembakaran merupakan satu-satunya cara untuk menolak bahaya tisu-tisu manusia yang rosak itu. Dalam keadaan tersebut, pembakaran adalah dibenarkan dan tidak mendatangkan dosa.

Adapun penyerahan janin yang gugur kepada walinya, maka itulah yang lebih utama dan lebih baik, supaya para wali dapat melaksanakan apa yang wajib dilakukan berkaitan janin mereka daripada hukum-hakam pengurusan jenazah.

--------------------------- Teks Asal Fatwa -------------------------------

السؤال:

بعد العمليات الجراحية وعمليات الولادة الطبيعية يتبقى أنسجة بشرية تالفة يجب التخلص منها لخطورتها على الصحة العامة، فترسل الأنسجة بواسطة أوعية خاصة إلى محرقة النفايات الطبية الخاصة بالمستشفى، الأنسجة المصابة والمريضة يتم التعامل معها بحذر شديد، ويتم التخلص منها بالحرق الكامل، الأجنة الساقطة من الرحم يتم تسليمها إلى الأهل لكي تدفن بمعرفتهم. فهل هذا الإجراءات صحيحة شرعاً؟


الجواب:

الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله

صرح جمهور الفقهاء بأنه يستحب دفن كل ما انفصل من حي، وكل ما يزيله الشخص من ظفر وشعر ودم.

قال الإمام النووي رحمه الله: "قال أصحابنا: والدفن لا يختص بعضو من علم موته، بل كل ما ينفصل من الحي من عضو وشعر وظفر وغيرها من الأجزاء التي يستحب دفنه، وكذلك تُوارَى المُضغة والعلقة التي تلقيها المرأة، وكذا يوارى دمُ الفصد.

وفي دفن هذه الأشياء تكريم للإنسان، فقد كرم الله عز وجل الإنسان وفضله على كثير من خلقه، قال تعالى: (وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا) الإسراء/70.

وتكريم الإنسان يقتضي دفن كل الأعضاء المبتورة منه، حتى لا تهان ولا تمتهن بقصد أو بغير قصد، كما أن في مواراة هذه الأشياء التراب حصول النظافة ومنع التلوث.
ولكن إذا كانت هذه الأعضاء تشكل خطورة، فلا مانع من حرقها والتخلص منها بغير الدفن؛ لأن دفنها مستحب وليس بواجب - كما صرح بذلك جمهور الفقهاء - فالأفضل هو الدفن، إلا إذا كان الحرق هو الوسيلة الوحيدة لدفع خطورة تلك الأنسجة البشرية التالفة، فيجوز الحرق حينئذ، ولا يترتب عليه الإثم. وأما تسليم الأجنة الساقطة إلى أوليائها فهو الأمر الأولى والأفضل، كي يقوم الأولياء بما يجب القيام به في حال جنينهم من أحكام إعداد الجنائز، وقد سبق بيانه في موقعنا في الفتوى رقم: (537). والله تعالى أعلم.

Cetak
Wallahu a'lam