SDI 1038: Hukum Darah Yang Keluar Setelah Menopause

Soalan:

Klu dh menopause lama tetiba dtg lg, tu kira haid ke istihadah ustaz?

Jawapan:

Haid, jika bukan kerana penyakit, cedera atau kesan ubat.

Huraian:

Asal darah yg keluar dr seseorg wanita ialah darah Haid, itulah tabiat yg diciptakan utk seorg wanita.

Tiada had umur menopause yg pasti. Ia berbeza bagi setiap wanita.

Darah haid boleh sahaja berhenti utk beberapa tempoh, sehingga wanita itu menyangka ianya kerana menopause. Kemudian darah datang semula. Maka darah yg datang semula setelah berhenti beberapa tempoh itu adalah DARAH HAID.

Kata Ibn Taimiyyah RH:

ولا حد لسن تحيض فيه المرأة ، بل لو قدر أنها بعد ستين أو سبعين رأت الدم المعروف من الرحم لكان حيضا ، واليأس المذكور في قوله: ( وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ ) ليس هو بلوغ سن ، فلو كان بلوغ سن لبينه الله ورسوله ، وإنما هو أن تيأس المرأة نفسها من أن تحيض ، فإذا انقطع دمها ويئست من أن يعود : فقد يئست من المحيض ، ولو كانت بنت أربعين ، ثم إذا تربصت وعاد الدم تبين أنها لم تكن آيسة

Tiada batas umur tertentu utk seorg wanita berterusan haid. Bahkan jika diandaikan slps umur 60 tahun atau 70 tahun sekalipun, wanita itu masih didatangi darah yg dikenali (sbg darah Haid) dr rahim, maka ia adalah darah haid. Menopause yg disebut dlm firman Allah: "Dan wanita2 yg putus haid" bukan berdasarkan sampai umur tertentu. Jika berdasarkan umur tertentu sudah tentu Allah dan Rasul akan jelaskan. Sebaliknya ia berdasarkan putusnya haid dr seseorg perempuan. Jika darah haid putus dan tidak kembali lagi, maka wanita itu dikira menopause, sekalipun ketika dia berumur 40 tahun. Apabila darah masih datang semula kpd seseorg wanita, maka jelas dia masih belum menopause." (Majmu' alFatawa 19/240)

Mainkan jika darah yg keluar adalah disebabkan sakit atau kecederaan atau sebab pengambilan ubat.


Cetak  
Wallahu a'lam