SDI 1021: Ambil Untung Dari Penganjuran Rombongan

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 745

Soalan:

Ustaz, kami adakan rombongan dgn cara kami dapatkan penyertaan dr pelajar lain. Kami bgtau kpd pelajar yg nak turut serta bayaran utk sertai rombongan ialah RM170.00, sedangkan kos sebenar utk rombongan itu ialah sbnyak RM150.00.

Sbg penganjur kami ambil RM20.00 bg setiap penyertaan. Apa hukumnya ustaz?

Jawapan:

Hukum persoalan anda berbeza berdasarkan situasi berikut:

1. Jika anda merupakan wakil antara peserta rombongan dgn syarikat yg buat rombongan. Maka anda TIDAK BERHAK mengambil apa2 bayaran keuntungan, kerana:

1.1) seorg wakil adalah seorg yg diberi amanah, sbrg keuntungan kembali kpd pihak yg mewakilkan. Justeru TIDAK HALAL bagi seorg wakil mengambil apa2 dr bayaran melainkan dgn izin pihak yg mewakilkannya, jika mereka membenarkan, maka HALAL. Jika tidak, WAJIB kembalikan baki wang kpd peserta atau pihak yg mewakilkan. (Lihat Fatawa alLajnah alDaimah 14/264)

1.2) Ambil bayaran upah sbg org tengah ada akad yg tersendiri sbg seorg broker. Syarat utk bayaran upah broker ialah kedua2 pihak yg berakad tahu bayaran upah dan bersetuju dgn upah tersebut. Sekalipun kedua2 pihak, sama ada pembeli atau penjual tidak disyaratkan mengetahui bayaran yg telah dipersetujui antara mereka berdua dgn broker.

2. Jika anda mmg diketahui oleh peserta sbg seorg yg akan mengambil untung dr rombongan tersebut, dr bayaran yg mereka jelaskan, maka anda HALAL mengambil untung berdasarkan jumlah yg dipersetujui bersama.

Cetak
Wallahu a'lam