SDI 1008: Telur masin halal atau haram ustaz?

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 827

Soalan:

Boleh makan telur masin? Nampak macam tak boleh? Bukankah ia diselaputi dgn benda2 kotor?

Jawapan:

Telur Masin HALAL dimakan.

Telur masin dibalut dgn bahan2 suci spt garam atau disalut dgn tanah atau seumpamanya yg terdiri dr bahan2 suci. Kotor pada nilaian tuan tidak bermakna najis pada nilaian syara'. Justeru telur Masin adalah HALAL.

Jika telur itu disalut dgn najis. Ketika itu ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Majoriti para ulama mazhab berpandangan telur yg direndam di dlm najis tetap tidak menjadikan telus itu najis kerana keberadaan kulitnya. Selagi kulitnya tidak pecah atau retak.

Melainkan mazhab Maliki yg berpandangan telur itu menjadi najis dgn direndam atau diselaputi dgn najis.

Di dlm alMausu'ah alFiqhiyyah 8/267 dinyatakan:

إذا سلق البيض في ماء نجس : حل أكله عند الجمهور (الحنفية والشافعية والحنابلة ، وهو القول المرجوح عند المالكية) .
وفي الراجح عند المالكية : لا يحل أكله ، لنجاسته ، وتعذر تطهيره لسريان الماء النجس في مسامه

Maksudnya: "Apabila direbus telus di dlm air najis, halal memakannya di sisi majoriti ulama (Hanafi, Syafi'ie dan Hambali). Ia pandangan marjuh (tidak kukuh) di sisi ulama Maliki. Pandangan rajih (yg lebih kukuh) di sisi ulama Maliki ialah TIDAK HALAL memakannya krn kenajisannya, dan tiada kemampuan membersihkannya lagi disebabkan air najis mengalir masuk melalui rongga2nya (yg ada pd kulit telur)."

Saya secara peribadi cenderung dgn pendapat mazhab Maliki yg mengatakan haram.

Cetak
Wallahu a'lam