SDI 0971: Puasa 3 Hari Kaffarah Sumpah Tak Wajib Berturut-turut

Soalan:

Ustaz maaf ganggu...nak tanya...berpuasa 3 hari tu mcm mana caranya??? Perlu berturut turut atau boleh selang seli??? Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan:

TIDAK WAJIB puasa kaffarah sumpah dilakukan secara berturut2. Sekalipun dilakukan secara terpisah2 harinya, dilakukan sbnyak 3 hari dgn niat puasa kaffarah sumpah. Maka memadai.

Sebabnya ialah kerana Allah SWT memerintahkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dgn berturut2. Inilah pandangan Imam Malik dan Imam alSyafi'ie RH. (alMuhalla 6/345)


Cetak  
Wallahu a'lam