SDI 0970: Tarik Balik Sumpah Kerana Itu Yang Lebih Baik

Soalan:

assalamualaikum ustaz.. saya ada 1 soalan..

Pernah satu masa dahulu saya difitnah. sehingga saya bersumpah tidak akan memaafkan orang yang memfitnah tersebut..

tapi setelah masa berlalu, hati saya dengan rela memaafkan orang tersebut dan mengharapkan ganjaran dari Allah..

soalan sy, adakah saya dihukum sebagai melanggar sumpah?

Jawapan:

Menarik balik sumpah kerana ia lebih baik adalah suatu yg lebih utama. Nabi SAW bersabda:

إني والله -إن شاء الله- لا أحلف على يمين فأرى غيرها خيراً منها إلا أتيت الذي هو خير وتحللتها

Maksudnya: "Sesungguhnya aku demi allah - insyaAllah - tidak bersumpah, setelah itu aku melihat berlawanan dgn sumpah itu lebih baik, melainkan aku aku melakukan yg lebih baik itu dan aku akan melaksanakan kaffarah sumpah tersebut."

Kaffarah sumpah spt yg disebut dalam surah alMaidah: 89, iaitulah:

1) memberi makan 10 org miskin dgn makanan pertengahan dr yg diberikan kpd keluarga, atau;
2) memberi pakaian kpd 10 org miskin, atau;
3) memerdekakan seorg hamba.

Jika tidak dapat;

4) berpuasa 3 hari.


Cetak  
Wallahu a'lam