SDI 0963: Hukum Jawab Salam Whatsapp

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 940

Soalan:

Wajibkah jawab salam yg ditulis di permulaan msg? Atau kita wajib jawab sebaik shj membaca msg tersebut dan membalas terus msg tersebut tanpa menulis lafaz jawab salam. Atau mcmana?

Jawapan:

Yang wajib dalam menjawab salam ialah bersegera meLAFAZkan jawapannya sebaik sahaja salam tersebut sampai kepada kita. Sebahagian ulama berpandangan salam yang disampaikan melalui tulisan masej, afdhal (lebih utama) menjawabnya secara lafaz sebaik sahaja membacanya. Mereka juga berpandangan jika ucapan salam dikirim melalui seseorang, maka hendaklah melafazkan jawapannya segera. Jika salam diberikan secara bertulis seseorang boleh pilih sama ada nak melafazkan jawapannnya secara terus atau menjawab jawapannya secara bertulis.

Cetak
Wallahu a'lam