SDI 454: Hadis Tuntutan Bersyukur

Soalan:

Dari Abu Dzar bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap pagi setiap persendian kalian ada sedekahnya, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap amar ma’ruf nahi mungkar sedekah, dan semuanya itu boleh digantikan dengan dua rakaat dhuha.”
(Sahih Muslim, no. 1181)

boleh jelaskan hadith diatas. bukankah perlunya bertaubat utk mencapai maksud seperti dalam hadith?

Jawapan:

Hadis ini menceritakan nikmat Allah ke atas manusia terdiri dr sendi2 yg ada pd tubuh badannya. Dlm riwayat Imam Ahmad dinyatakan pd tubuh badan manusia terdpt 360 sendi.

Dgn sendi2 ini manusia dapat bergerak dan memenuhi keperluan hidup mereka. Semuanya adlh nikmat dr Allah yg menuntut manusia bersyukur di atas pengurniaan tersebut dgn melakukan ketaatan.

Lalu Nabi SAW menyebut bbrapa ketaatan tersebut yg dikategorikan sbg sedekah.Semua ketaatan yg disebut oleh Baginda yg boleh dilakukan sbg sedekah krn bersyukur kpd Allah atas nikmat kurniaannya itu, dapat dipikul oleh 2 rakaat Dhuha.


Cetak  
Wallahu a'lam