SDI 0923: Solat Menurut Kemampuan

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 818

Soalan: 

assalamulaikum ustaz

Ada pertanyaan berkaitan solat. Kakak sy skrg ni pregnant, semasa solat beliau x blh nak lafazkan takbir, baca al fatihah sbb air liur berkumpul dlm mulut. Sekadar dlm hati saja. Adakah sah solat tersebut ustaz? Mohon budi baik ustaz membalas.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah.

Wajib takbiratul Ihram, baca alFatihah dan bacaan-bacaan lain yang termasuk dalam rukun qauli dilakukan dalam bentuk menuturnya dengan lidah. Jika tidak, solat TIDAK SAH.

Namun jika tiada kemampuan melafazkannya dengan lidah, lakukanlah menurut apa yang termampu kerana Allah SWT tidak akan menfardhukan sesuatu melainkan menurut kemampuan seseorg.

Cetak
Wallahu a'lam