Soalan:
Salam ustaz, saya nak bertanya mengenai solat ketika bermusafir yang berlainan timezone.
1. transit di hong kong pukul 1pm sehingga pukul 3pm, disini saya boleh solat taqdim zohor asar.
Jawapan Bin Sahak:
Ya, lakukan jamak taqdim antara zohor dan asar ketika transit di Hong Kong.
Soalan 2:
selepas transit.. depart 9sept 3pm, arrival canada 9sept 9pm.
soalan: yg ini saya hanya terus buat jamak takhir isya magrib di canada? walaupun perjalanan memakan masa berjam2. disebabkan timezone berlainan di canada masih isya. didlm flight tu saya perlu solat tak?
Jawapan Bin Sahak:
Ya, lakukan jamak ta'khir antara Isyak dan Maghrib di Canada, sekalipun jarak antara Zohor dan Asar dengan Maghrib dan Isyak jadi berjam-jam. Dalam situasa ini anda tak perlu solat di dalam kapal terbang.
Soalan 3:
depart 16sept canada 10am, arrival 17sept hongkong 1pm.
soalan: saya keliru time mcmana saya nak solat. ini disebabkan tinezone yg berbeza. boleh bg pencerahan ustaz?
Jawapan Bin Sahak:
Anda solat Zohor dengan Asar demikian juga Maghrib dengan Isyak secara qasar/jamak/jamak qasar dan Subuh di dalam kapal terbang. Tunaikan solat di dalam kapal terbang menurut kemampuan.
Soalan tambahan:
mksdnya saya perlu tgk keadaan langit? utk tentukan waktu solat? bagaimana nak tentukan jika tgk langit?
Jawapan Bin Sahak:
Untuk tahu waktu solat, kena tahu kedudukan matahari. Untuk solat Zohor, bermula apabila tergelincir matahari ke sebelah barat setelah berada di tengah langit. Untuk tahu masuknya waktu Zohor, anda perlu tanya pramugari. Setelah itu, untuk mudah, anda lakukan Zohor dengan Asar secara jamak di dalam kapal terbang.
Untuk solat Maghrib pula, lebih mudah untuk anda kenal-pasti. Iaitulah apabila matahari tenggelam di ufuq. Lalu anda tunaikan solat Maghrib jamak dengan Isyak dalam kapal terbang.
Utk solat Subuh pula, diketahui masuk waktunya dengan terbitnya fajar Sadiq di ufuq dalam bentuk memanjang atau bertebar sepanjang ufuk. Lalu tunaikan solat Subuh.
WA
Penyoal: terima kasih atas pencerahan ustaz. jazakallah khair. https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td4/1.5/16/1f44c.png");">👌https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t55/1.5/16/1f44d.png");">👍