Zakat alFitr Dengan Nilai di Zaman Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 569

Zakat Fitrah Dengan Wang

Ibn Abi Syaibah meriwayatkan di dalam alMusannaf daripada Qurrah yang berkata :

"Sampai kepada kami surat dari 'Umar bin 'Abdul 'Aziz berkaitan zakat alFitr sebanyak setengah gantang gandum dari setiap insan muslim atau nilai setengah dirham." Daripada alHasan alBasri pula yang berkata:

"Tidak mengapa dikeluarkan wang dirham untuk zakat alFitr." Kata Abu Ishak: "Aku mendapati mereka mengeluarkan zakat alFitr dengan wang dirham menurut nilai makanan." (Musannaf Ibn Abi Syaibah 3/174)

Kata alSarakhsi: "alFaqih Jaafar RH berkata:

"Mengeluarkan nilai (bayar dengan wang untuk zakat alFitr) adalah lebih utama kerana ia lebih dekat dapat mendatangkan manfaat kepada fakir. Dengan wang tersebut dia boleh membeli apa-apa yang diperlukannya. Pernyataan zakat dikeluarkan dengan gandum dan barli adalah dahulu kerana jual beli ketika itu di Madinah dengan gandum dan barli. Adapun di negara kita sekarang ini jual beli dengan wang. Wang itu telah menjadi harta yang paling berharga. Maka mengeluarkan zakat dengan wang adalah lebih utama..." (alMabsuth: 2/149)

Cetak
Wallahu a'lam