Soalan:
jika seorang penyembelih tangan kidal adakah lebih aula di wakilkan yang tangan kanan
Jawapan:
Kalau penyembelih dengan tgn kiri mampu melaksanakan sembelihan dengan baik, tidak menzalimi haiwan. Maka afdhal pemilik korban sendiri yang menyembelih berbanding wakilkan kepada tukang sembelih.
Antara alasannya ialah ibadah itu adalah ibadahnya, dan menggunakan tangan kanan atau tangan kiri bukan suatu yang dimaksudkan dalam ibadah korban. Sebliknya yang dimaksudkan dalam ibadah korban adalah menumpahkan darah korban. Nabi SAW bersabda:
ما أنهر الدم وذكر اسم الله عليه فكل
Maksudnya: "Apa-apa (cara sembelihan) yang dapat menumpahkan darah dan disebut nama Allah ketika hendak melaksanakannya, maka makanlah."
Sembelihan korban terlaksana dengan menggunakan tangan kanan mahupun tangan kiri. Menggunakan tangan kiri jika ia lebih mudah dan lebih ihsan kepada haiwan sembelih adalah lebih afdhal. Nabi SAW bersabda:
إن الله كتب الإحسان على كل شيء ، فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة ، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة ، وليحد أحدكم شفرته ، وليرح ذبيحته
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan dalam setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, elok dan mudahkanlah pembunuhan. Apabila kamu menyembelih, maka perelok dan mudahkan penyembelihan. Dan hendaklah seseorg daripada kamu menajamkan pisaunya, dan tidak menyeksa haiwan sembelihannya."
Sekalipun tidak dinafikan secara UMUM dalam perkara kemuliaan, menggunakan tangan kanan adalah lebih afdhal.