SDI 0888: Hukum Dua Orang Muazzin Melaungkan Azan Yang Sama Seperti Dalam Video

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 896

Soalan: 

Assalamualaikum ust, blh ka satu azan share dua org muazin

Klik Untuk Lihat

Jawapan:

Satu azan yang dilaungkan oleh dua orang atau lebih muazzin pada satu waktu seperti keratan video yang dimaksudkan dikenali sebagai Azan alJauqah أذان الجوقة atau Azan Jama'ie.

Kata alSyeikh 'Ali Mahfudz:

ومن البدع أذان الجماعة المعروف بالأذان السلطاني أو أذان الجوقة فإنه لا خلاف في أنه مذموم مكروه لما فيه من التلحين والتغني وإخراج كلمات الأذان عن أوصافها العربية وكيفياتها الشرعية بصورة قبيحة تقشعر منها الجلود، وتتألم لها الأرواح الطاهرة، وأول من أحدثه هشام بن عبد الملك

Maksudnya: "termasuk dalam bidaah ialah azan alJamaah yang sedia dimaklumi sebagai alAzan alSultani atau Azan alJauqah. Sesungguhnya tiada khilaf ia suatu yang tercela lagi dibenci, kerana di dalamnya terdapat talhin, berlagu (yang melampau) dan mengeluarkan kalimat-kalimat azan dari sifat-sifat dan ciri-ciri bahasa arabnya yang disyariatkan dalam gambaran yang jelek sehingga meremang bulu roma, jiwa-jiwa yang baik akan berasa tidak selesa. Orang pertama mereka-merekanya ialah Hisham bin 'Abdul Malik." (alMasjid fi alIslam oleh alSyeikh Khairuddin alWa-ili, hlm: 255)

Di dalam Ithaf alNabil fi Fawa-id Irwaa' alGhalil, hlm: 424 dinyatakan:

"Dan termasuk kejahilan atau buat jahil sebahagian orang-orang kemudian ini dengan Fiqh Hadis, apabila aku baca satu risalah tulisan tangan sebahagian mereka pada mengharuskan azan jamaah dengan suara serentak yang dikenali di Dimasyq dan lainnya sebagai Azan alJauqah, berdalilkan dengan hadis ini (Hadis tentang sabda Nabi kepada Malik bin alHuwairith dan anak saudaranya: "apabila kamu berdua bermusafir maka kamu berdua laungkanlah azan, kamu berdua laungkanlah iqamah dan hendaklah menjadi imam orang yang lebih tua antara kamu berdua."), lalu aku tertanya-tanya di dalam hatiku: apakah kamu (yang menulis risalah tersebut) berpandangan harus iqamah dilaungkan secara berjemaah (الجوق) juga? Kerana hadis mengatakan: "hendaklah kamu berdua laungkan azan dan kamu berdua laungkan iqamah..."? inilah satu contoh antara contoh-contoh yang banyak berkaitan penyelewengan pembuat bidaah terhadap nas-nas syariah. Wallahu a'lam."

Cetak
Wallahu a'lam