SDI 0887: Kenapa Angkat Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud & Bila Nak Jatuhkan Jari Itu?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 7285

Soalan: 

Ustaz, kenapa bila baca tahiyyat kita angkat jari? Saya biasa dgr ada ust kata angkat jari tu ketika illa betul ker? Bila pulak nak jatuhkan jari telunjuk yg diangkat tu?

Jawapan:

Angkat jari telunjuk ketika tasyahhud atau tahiyyat ketika sebutan ILLA ALLAH adalah pandangan mazhab alSyafi'e. Angkat jari sebagai isyarat itu dilakukan sebaik sahaja dibunyikan baris hamzah pada إلا الله (yang dimerahkan) menurut pandangan mazhab syafie.

Ia sebagai isyarat kepada mengesakan Allah dan iklas niat kepadaNya.

Jari telunjuk yang satu itu seperti menceritakan keimanan kepada Allah yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya. Kata Ibn 'Abbas RA:

هو الإخلاص

Maksudnya: "Ia adalah (isyarat kepada) ikhlas."

Kata Ibrahim alNakha'ie RH:

إذا أشار الرجل بإصبعه في الصلاة فهو حسن، وهو التوحيد

Maksudnya: "Apabila seseorg lelaki membuat isyarat dengan jari (telunjuknya) di dalam solat ia suatu yang baik, ia adalah isyarat kepada tauhid."

Atas alasan ini, maka ia sesuai diangkat ketika bersyahadah. Agar terhimpun padanya pengakuan hati, lidah dan perbuatan mentauhidkan Allah SWT. Inilah asas pandangan sebahagian fuqaha', termasuk mazhab alSyafi'ie.

Para sahabat yang menceritakan sifat solat Nabi SAW, tidak menyatakan bilakah baginda SAW meletakkan semula atau menjatuhkan semula jari telunjuk tersebut.

Namun hasil semakan saya mendapati terdapat ulama yang menyebut bila diturunkan jari telunjuk tersebut. Antara mereka ialah alImam alRamli dari mazhab alSyafie yang berkata:

ويرفعها ) أي مع إمالتها قليلا كما قاله المحاملي وغيره ( عند قوله إلا الله ) بأن يبتدئ به عند الهمزة للاتباع في ذلك رواهمسلم . ويقصد أن المعبود واحد ليجمع في اعتقاده وقوله فعله ، ويسن أن يكون رفعها للقبلة وأن ينوي به الإخلاص في التوحيد وأن يقيمها ولا يضعها ، وهو ظاهر أو صريح في بقائها مرفوعة إلى القيام أو السلام ، وما بحثه جمع متأخرون من إعادتها مخالف للمنقول

Maksudnya: "alShabramilsi dalam Hasyiah kepada Nihayah alMuhtaj Ila Syarh alMinhaj berpandangan diangkat sehingga berdiri untuk rakaat berikutnya bagi tasyahhud awal, manakala maksud diangkat sehingga salam, berdasarkan yang lebih dekat maksudnya ialah setelah selesai kedua-dua salam. Ini kerana salam yang kedua adalah Tabi' kepada solat, sehingga jika seseorang berhadas selepas salam pertama diharamkan dia lakukan salam kedua kerana salam kedua itu juga mengambil hukum solat." (1/522-523)

Pandangan ini bertepatan dengan kaedah:

أن التابع يأخذ حكم المتبوع

Maksudnya: "Iaitulah yang mengikut mengambil hukum yang diikuti."

Demikian juga kaedah:

ما قرب الشيء أخذ حكمه

Maksudnya: "Apa-apa yang dekat kepada sesuatu, maka dia mengambil hukumnya."

Cetak
Wallahu a'lam