SDI 0849: Zakat Perniagaan Ternak Ikan

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 840
 
Soalan:
 
Kebiasaannya keluarga kami akan mengambil 1000 ekor anak ikan keli dalam sekali pusingan untuk dibela dan dijual. Setiap satu pusingan kebiasaannya mengambil masa beberapa bulan ( maaf saya tak pasti berapa bulan) sebelum matang dan dijual.Malah ada juga daripada nya kami akan makan sendiri.
Yang saya sangat ingin tahu, jika dikenakan zakat, zakat jenis apa dan bagaimana pengiraannya.
Terima kasih kerana membantu ustaz.
 
Jawapan:
 
Waalaikumussalam warahmatullah
Yang wajib ialah zakat barang perniagaan, caranya:
 
1. Kenalpasti modal.
 
Setelah sempurna setahun hijri (tahun qamariah), 
 
2. Kenal pasti keuntungan yang diperolehi.
3. Nilaikan ikan semasa yang masih ada.
 
Bayar zakat barang perniagaan sebanyak 2.5% dari jumlah keseluruhan setelah ditolak kos seperti pekerja, makanan ikan, sewa kolam kalau ada dan seumpamanya.
Nisab bagi barang perniagaan pula ialah apabila nilainya menyamai 85 g emas atau 595 g Perak.
 
Cetak
Wallahu a'lam