SDI 0843: Bernafas Dengan Bantuan Oksigen TIDAK Membatalkan Puasa

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 771
 
Soalan: 
 
Sebahagian pesakit yang mengalami kesukaran bernafas memerlukan bantuan oksigen, apakah perkara ini memberi kesan kepada puasanya?
 
Jawapan:
 
Gas oksigen yang diberikan kepada sebahagian pesakit yang memerlukannya TIDAK membatalkan puasa, ini kerana tidak ada sebarang bahan tambahan lain, selain oksigen. Hukum menggunakan alat bantuan pernafahan oksigen ini adalah sama seperti bernafas seperti biasa. Inilah hukum yang diberikan oleh Kesatuan Fekah Dunia Islam, dinyatakan:
 
“Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa adalah seperti berikut: ……. (salah satunya) gas oksigen” (
Sila lihat "Majalah Kesatuan Fekah Islam" (مجلة مجمع الفقه الإسلامي 10/2/96, 454), “Perkara-perkara yang membatalkan Puasa terkini” oleh Dr. Ahmad Khalil, m.s. 50)
 
 
Cetak
Wallahu a'lam