SDI 0838: Bagaimana Puasa di Negara Yang Siangnya Teramat Panjang?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 707
 
Soalan: 
 
Ustaz bgimana puasa di negara yg siangnnya teramat panjang? Bagaimana pula di kawasan yg siangnya beberapa hari setelah itu baru malam puka beberpa hari?
 
Jawapan:
 
PERTAMA: negara yang dapat dikenal-pasti siang dan malamnya dengan terbit dan terbenamnya matahari dalam tempoh 24 jam. Maka WAJIB penduduk negara tersebut berpuasa apabila terbit fajar sehinggalah terbenam matahari, tifak kira sama ada siangnya teramat panjang atau teramat pendek. Sesiapa yang tidak mampu menyempurnakan puasanya disebabkan siang yang teramat panjang, atau kerana terdapat tanda-tanda atau berdasarkan pengalaman atau dengan perakuan Doktor pakar yang dipercayai atau berdasarkan sangkaan terkuat, puasanya akan membawa kepada sakit yang bersangatan atau puasanya akan menyebabkan bertambah kesakitan atau akan melambatkan kesembuhan, maka orang tersebut dibenarkan berbuka dan hendaklah qadha puasanya pada hari yang lain di luar ramadan.
 
KEDUA: negara yang mengalami siang atau malam yang panjang beberapa hari. Penduduk di negara seperti ini wajib berpuasa dengan mengandaikan waktunya. Para ulama berbeza pandangan tentang kaedahnya:
 
1. Mereka berpuasa dengan mengikut waktu Mekah.
2. Mereka andai dan tetapkan 12 jam untuk siang dan 12 jam untuk malam. Berdasarkan itu, andai dan tetapkan pula waktu solat fardhu yang lima dan tetapkan waktu berpuasa.
3. Mereka menuruti waktu negara yang paling hampir dengan mereka yang berlaku siang dan malam dalma tempoh 24 jam. Pandangan ketiga ini adalah yang diperakui oleh Kesatuan Fiqh Islami di bawah Liga Dunia Islam. Insyaallah inilah pandangan yang lebih tepat menurut penilaian mereka,
 
 
Cetak
Wallahu a'lam