SDI 0835: Hukum Lewatkan Umrah Bila Sampai ke Mekah

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 744
 
Soalan: 
 
Saya berihram di miqat utk masuk melaksanakan umrah. Sebaik shj sampai di mekah pd waktu Zohor, saya berterusan di dlm ihram tidak menunaikan umrah sehinggalah selepas 'Isyak. Apakah saya melakukan kesalahan?
 
Jawapan:
 
TIADA KESALAHAN yang dilakukan. Cuma anda meninggalkan satu yang afdhal (lebih utama). Ini kerana Nabi SAW sebaik sahaja sampai di Mekah baginda akan melaksanakan tawaf terlebih dahulu berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Aisyah RA oleh alBukhari dan Muslim:
 
إن أَوَّلَ شَيْءٍ بَدَأَ بِهِ عليه الصلاة والسلام حِينَ قَدِمَ مَكَّةَ أَنَّهُ تَوَضَّأَ ثُمَّ طَافَ بِالْبَيْتِ
 
Maksudnya: Sesungguhnya perkara pertama yg dimulakan oleh Baginda SAW ketika dampai di Mekah ialah berwudhu dan tawaf."
 
Lalu berdasarkan hadis ini Imam Nawawi menganjurkan setiap orang apabila sebaik sahaja sampai ke mekah melaksanakan tawaf terlebih dahulu sebelum lainnya seperti menukar pakaian dan seumpamanya. Namun hal ini dr sudut keutamaan ia tidak menjejaskan umrah yang saudara lakukan.
 
Cetak
Wallahu a'lam