Fidyah Umrah

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 3038

Fidyah Umrah

            Fidyah diwajibkan ke atas seseorang yang dalam keadaan ihram jika melakukan perkara-perkara di bawah:

Merujuk kepada perkara 1. iaitulah apabila seseorang yang berihram melakukan salah satu dari larangan-larangan ihram, Ia berbeza menurut larangan yang dilakukan. Perbezaan tersebut boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:

Jimak merupakan satu-satunya larangan yang jika dilakukan menyebabkan ibadah haji rosak.  Jika ia berlaku selepas selesai tahalul awal, maka haji tersebut tidak rosak. Cuma wajib fidyah iaitulah dengan menyembelih seekor kambing dan diagihkan dagingnya kepada orang fakir di tanah haram.

Dalil dalam perkara ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡتُلُواْ ٱلصَّيۡدَ وَأَنتُمۡ حُرُمٞۚ وَمَن قَتَلَهُۥ مِنكُم مُّتَعَمِّدٗا فَجَزَآءٞ مِّثۡلُ مَا قَتَلَ مِنَ ٱلنَّعَمِ يَحۡكُمُ بِهِۦ ذَوَا عَدۡلٖ مِّنكُمۡ هَدۡيَۢا بَٰلِغَ ٱلۡكَعۡبَةِ أَوۡ كَفَّٰرَةٞ طَعَامُ مَسَٰكِينَ أَوۡ عَدۡلُ ذَٰلِكَ صِيَامٗا لِّيَذُوقَ وَبَالَ أَمۡرِهِۦۗ عَفَا ٱللَّهُ عَمَّا سَلَفَۚ وَمَنۡ عَادَ فَيَنتَقِمُ ٱللَّهُ مِنۡهُۚ وَٱللَّهُ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٍ ٩٥

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu sebagai had-yad yang dibawa sampai ke Ka´bah atau (dendanya) membayar kaffarat dengan memberi makan orang-orang miskin atau berpuasa seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, supaya dia merasakan akibat buruk dari perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa yang kembali mengerjakannya, niscaya Allah akan menyiksanya. Allah Maha Kuasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) menyiksa.” (al-Maidah: 95)

Jika salah satu dari kesalahan ini dilakukan, maka seseorang yang berihram boleh memilih salah satu dari tiga fidyah berikut:

Dalil dalam perkara ini ialah firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦٓ أَذٗى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٞ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٖۚ

Maksudnya: “…Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, iaitu: berpuasa atau bersedekah atau menyembelih korban...” (al-Baqarah: 196)

Seseorang yang berihram jika mengulangi kesalahan dari jenis yang sama dan sebelum menebusnya dengan melaksanakan fidyah, seperti mengerat kuku lebih dari sekali, maka wajib ke atasnya satu fidyah. Adapun jika mengulangi kesalahan dari jenis yang berbeza seperti menggunting rambut dan menutup kepala, maka bagi setiap satu kesalahan, wajib ke atasnya satu fidyah. Berbeza dengan melakukan larang berburu, di mana bagi setiap haiwan buruan yang dibunuh wajib ke atasnya fidyah, sekalipun haiwan yang dibunuh itu dari jenis yang sama.

Bagi kesalahan kerana meninggalkan kewajipan pula, seperti meninggalkan ihram di miqat, tidak mabit di Muzdalifah dan Mina, tidak melakukan tawaf wada’ di sisi sebahagian ulama dan seumpamanya, maka wajib fidyah seekor kambing. Jika tidak diperolehi, bolehkah berpindah kepada puasa? Sebahagian ulama berpandangan perlu berpuasa 10 hari kerana qiyaskan dengan dam Tamattu’. Sebahagian lain tidak mewajikan puasa.

Kesalahan meninggal salah satu kewajipan haji ini, menjadikan seseorang itu wajib melaksanakan fidyah sekalipun ia berlaku kerena sengaja atau terlupa atau jahil. Ini kerana perbuatan itu merupakan meninggalkan salah satu amalan haji. Berbeza jika melakukan larangan ihram, di mana jika ia berlaku disebabkan jahil, terlupa atau dipaksa, tidak wajib melaksanakan fidyah berdasarkan pandangan yang benar, berdasarkan sabda Nabi SAW:

رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

Maksudnya: “Diangkat dari umatku kesilapan, terlupa dan apa-apa yang dipaksa.” (Ibn Majah dan selainnya)

            Jika melakukan haji tamattu’ atau qiran bagi mereka yang bukan dari kalangan penduduk tanah haram, wajib ke atas mereka dam, iaitulah dam kesyukuran. Sekurang-kurangnya ialah menyembelih seekor kambing atau satu bahagian unta atau lembu. Jika tidak ada, maka wajib diganti dengan berpuasa tiga hari ketika haji dan tujuh hari apabila balik ke tempat masing-masing berdasarkan firman Allah SWT:

فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٖ فِي ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡۗ تِلۡكَ عَشَرَةٞ كَامِلَةٞۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُۥ حَاضِرِي ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ١٩٦

Maksudnya: “…maka bagi siapa yang ingin mengerjakan ´umrah sebelum haji (haji tanmattu’), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapati. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.” (al-Baqarah: 196)

Cetak
Wallahu a'lam