Terjemahan Matn Abi Syuja': Fasal Berkaitan Dengan Bekas

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 883

Fasal Berkaitan Dengan Bekas

فصل

ولا يجوز استعمال أواني الذهب والفضة ويجوز استعمال غيرهما من الأواني

Fasl

Tidak boleh menggunakan bekas-bekas daripada emas dan perak, manakala boleh (harus) menggunakan bekas-bekas lain dari emas atau perak. 

Huraian

ولا تَشربوا في آنِيةِ الذَّهَبِ والفضَّةِ، ولا تأكلوا في صِحافِها

Maksudnya:  “Dan jangan kamu semua minum dari bekas minuman Emas dan Perak, jangan juga kamu semua makan dari bekas makanan Emas dan Perak.” (al-Bukhari dan Muslim)

الَّذِي يَشْرَبُ في إناءِ الفِضَّةِ إنَّما يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نارَ جَهَنَّمَ

Maksudnya: “Orang yang minum dari bekas perak, hanya memasukkan ke dalam perutnya api neraka jahanam.” (al-Bukhari dan Muslim)

            Hadis tegahan seperti ini sudah tentu membawa maksud haram.[1]

 واختُلف في اتِّخاذِ الأواني دون استعمالِها كما تقدَّم، والأشهَرُ المنع، وهو قولُ الجُمهور، ورخَّصت فيه طائفة

yang bermaksud: “Dan timbul perbezaan pada ittikhaz bekas-bekas (Emas dan Perak) tanpa menggunakannya seperti yang telah lalu penjelasannya. Dan yang Asyhar adalah ditegah, inilah pandangan majoriti dan diberi keringanan oleh sekumpulan ulama.” (Fath al-Bari 10/98)

Ulama jumhur yang dimaksudkan merangkumi ulama mazhab Maliki (Mawahib al-Jalil oleh al-Hattab 1/184), ulama mazhab Syafi‘e (Mughniy al-Muhtaj oleh al-Syarbini 1/29 dan al-Majmu’ oleh al-Nawawi 1/252) dan ulama mazhab Hambali (al-Furu’ oleh Ibn Muflih 2/74)

أنَّهُمْ كَانُوا عِنْدَ حُذَيْفَةَ، فَاسْتَسْقَى فَسَقَاهُ مَجُوسِيٌّ، فَلَمَّا وضَعَ القَدَحَ في يَدِهِ رَمَاهُ به، وقالَ: لَوْلَا أنِّي نَهَيْتُهُ غيرَ مَرَّةٍ ولَا مَرَّتَيْنِ، كَأنَّهُ يقولُ: لَمْ أفْعَلْ هذا، ولَكِنِّي سَمِعْتُ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقولُ: لا تَلْبَسُوا الحَرِيرَ ولَا الدِّيبَاجَ، ولَا تَشْرَبُوا في آنِيَةِ الذَّهَبِ والفِضَّةِ، ولَا تَأْكُلُوا في صِحَافِهَا، فإنَّهَا لهمْ في الدُّنْيَا ولَنَا في الآخِرَةِ

Maksudnya: “Bahawa mereka pernah bersama Huzaifah (bin al-Yaman RA). Apabila beliau meminta dibawakan minuman, seorang majusi membawakan minuman kepada beliau. Apabila diletakkan bekas minuman tersebut di tangannya, beliau membalingnya (sama ada bebas atau air yang ada di dalamnya) ke arah lelaki majusi tersebut dan berkata: “Kalaulah bukan kerana aku pernah melarang dia sekali atau dua kali dari menggunakan bekas Emas dan Perak (akan tetapi lelaki tersebut tetap tidak mahu berhenti dari menggunakannya).” Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu semua memakai sutera dan sutera lembut, jangan juga meminum dari bekas Emas dan Perak, makan dari bekas Emas dan Perak. Sesungguhnya ia untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia dan untuk kita (umat Islam) di akhirat.” (al-Bukhari dan Muslim. Lafaz berdasarkan riwayat al-Bukhari)

            Dari hadis ini dapat difahami perkataan Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya ia untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia” membawa maksud bukan untuk umat Islam di dunia dalam semua keadaan. Ia berupa dalil pengharaman menyimpan, mengguna dan menjadikannya sebagai perhiasan. Kata Ibn ‘Abd al-Barr RH:

 معلومٌ أنَّ مَن اتَّخذَها لا يَسلَمُ مِن بَيعِها أو استعمالِها؛ لأنَّها ليست مأكولةً ولا مَشروبةً، فلا فائدةَ فيها غيرُ استعماله، فكذلك لا يجوز اتِّخاذُها عند جماعةِ الفُقَهاءِ وجمهورِ العُلَماءِ

yang bermaksud: “Dan suatu yang diketahui bahawa sesiapa yang menyimpannya tidak akan selamat dari menjualnya atau menggunakannya. Ini kerana ia (bekas Emas dan Perak) bukan makanan dan bukan pula minuman. Maka tiada keperluan selain daripada menggunakannya. Demikian juga tidak boleh menyimpannya di sisi majoriti fuqaha dan ulama.” (al-Istizkar 8/351)

            Pandangan jumhur ini berbeza dengan pandangan sebahagian ulama lain yang mengharuskan penggunaan Emas dan Perak selain dari untuk makan dan minum. Kata al-Syaukani RH:

ولا شك أن أحاديث الباب تدل على تحريم الأكل والشرب، وأما سائر الاستعمالات فلا. والقياس على الأكل والشرب قياس مع فارق؛ فإن علة النهي عن الأكل والشرب هي التشبه بأهل الجنة ، حيث يطاف عليهم بآنية من فضة ، وذلك مناط معتبر للشارع، كما ثبت عنه لما رأى رجلا متختما بخاتم من ذهب فقال : ( ما لي أرى عليك حلية أهل الجنة) أخرجه الثلاثة من حديث بريدة. وكذلك في الحرير وغيره، وإلا لزم تحريم التحلي بالحلي والافتراش للحرير؛ لأن ذلك استعمال ، وقد جوزه البعض من القائلين بتحريم الاستعمال.
وأما حكاية النووي للإجماع على تحريم الاستعمال فلا تتم مع مخالفة داود والشافعي وبعض أصحابه، وقد اقتصر الإمام المهدي في البحر على نسبة ذلك إلى أكثر الأمة .
على أنه لا يخفى على المنصف ما في حجية الإجماع من النزاع والإشكالات التي لا مخلص عنها. والحاصل : أن الأصل الحل ، فلا تثبت الحرمة إلا بدليل يسلمه الخصم ، ولا دليل في المقام بهذه الصفة، فالوقوف على ذلك الأصل المعتضد بالبراءة الأصلية هو وظيفة المنصف الذي لم يخبط بسوط هيبة الجمهور .لا سيما وقد أيد هذا الأصل حديث: (ولكن عليكم بالفضة فالعبوا بها لعبا) أخرجه أحمد وأبو داود، ويشهد له ما سلف أن أم سلمة جاءت بجُلجُل من فضة ، فيه شعر من شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم فخضخضت. الحديث في البخاري، وقد سبق .وقد قيل إن العلة في التحريم الخيلاء أو كسر قلوب الفقراء، ويرد عليه جواز استعمال الأواني من الجواهر النفيسة ، وغالبها أنفس وأكثر قيمة من الذهب والفضة ولم يمنعها إلا من شذ . وقد نقل ابن الصباغ في الشامل الإجماع على الجواز وتبعه الرافعي ومن بعده .وقيل العلة التشبه بالأعاجم، وفي ذلك نظر لثبوت الوعيد لفاعله، ومجرد التشبه لا يصل إلى ذلك

Maksudnya: “Dan tidak diragukan lagi bahawa hadis-hadis pada bab ini menunjukkan haram ke atas makan dan minum (dengan menggunakan bekas Emas dan Perak). Adapun penggunaan lain, tidak dilarang. Qiyas dengan makan dan minum adalah qiyam ma‘al fariq. Ini kerana illah larangan dari makan dan minum (menggunakan bekas Emas dan Perak) adalah menyerupai ahli syurga di mana nanti dibawakan kepada mereka bekas-bekas dari Perak. Demikian itulah manath yang diambil kira oleh pembuat syari‘at, sepertimana yang sabit dari baginda apabila melihat seorang lelaki memakai cincin dari emas baginda bersabda: “Apa yang daku lihat padanya ini ada perhiasan ahli syurga) diriwayatkan oleh al-Thalathah dari hadis Buraidah. Demikian juga berkaitan sutera dan selainnya, jika tidak mesti diharamkan juga berhias dan duduk di atas tikar sutera kerana ia termasuk dalam penggunaan. Sesungguhnya sebahagian ulama mengharuskan penggunaannya. Adapun hikayat ijmak oleh al-Nawawi akan pengharaman menggunakannya tidak sempurna dengan adanya ulama yang berbeza seperti Daud, al-Syafi‘e dan sebahagian sahabatnya. Al-Imam al-Mahdi berpada di dalam al-Bahr dengan mengatakan ia (haram penggunaan) adalah pandangan kebanyakan ulama.. Kesimpulannya bahawa asal hukum adalah halal dan tidak sabit pengharaman melainkan dengan dalil dan dalil itu tiada. Berpada dengan hukum asal disokong dengan al-Bara-ah al-Asliyyah. Ia dikuatkan lagi dengan hadis: “Akan tetapi boleh kamu semua menggunakan Perak, maka bermainlah dengannya (sebagai contoh bermain dengan cincin perak yang berada di jari).” Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud. Ia disokong dengan riwayat Ummu Salamah yang membawa Juljul[3] diperbuat dari Perak yang di dalamnya ada rambut Rasulullah SAW dan beliau menggerakkan bekas tersebut, hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari. Dikatakan juga illah pengharaman adalah sombong atau melukakan hari orang-orang fakir namun dibantah dengan keharusan menggunakan bekas-bekas dari permata berharga yang kebiasaannya lebih berharga dari Emas mahupun Perak, tidak ada yang melarangnya melainkan orang yang syaz. Ibn al-Sabbagh di dalam al-Syamil telah menukilkan ijmak keharusannya, diikuti oleh al-Rafi‘e dan orang-orang selepasnya. Dikatakan juga illah pengharaman adalah disebabkan menyerupai orang-orang bukan ‘Arab, sedemikian itu perlu pemerhatian untuk mensabitkan ancaman kepada pelakunya kerana semata-mata menyerupai orang bukan ‘Arab tidak akan sampai ke tahap sedemikian.” (Nail al-Awtar 1/81)

Hukum Tampalan الضَبَّة

            Dalil dalam perkara ini ialah hadis yang daripada ‘Asim al-Ahwal (عاصم الأحول) yang berkata:

رَأَيْتُ قَدَحَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عِنْدَ أنَسِ بنِ مَالِكٍ وكانَ قَدِ انْصَدَعَ فَسَلْسَلَهُ بفِضَّةٍ، قَالَ: وهو قَدَحٌ جَيِّدٌ عَرِيضٌ مِن نُضَارٍ، قَالَ: قَالَ أنَسٌ: لقَدْ سَقَيْتُ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في هذا القَدَحِ أكْثَرَ مِن كَذَا وكَذَا قَالَ: وقَالَ ابنُ سِيرِينَ: إنَّه كانَ فيه حَلْقَةٌ مِن حَدِيدٍ، فأرَادَ أنَسٌ أنْ يَجْعَلَ مَكَانَهَا حَلْقَةً مِن ذَهَبٍ أوْ فِضَّةٍ، فَقَالَ له أبو طَلْحَةَ: لا تُغَيِّرَنَّ شيئًا صَنَعَهُ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فَتَرَكَهُ

Maksudnya: “Aku pernah melihat mangkuk Nabi SAW yang ada pada Anas bin Malik yang telah terbelah (pecah), lalu Anas menampalnya dengan Perak (boleh juga difahami Nabi SAW yang menampal dengan Perak). Beliau (‘Asim) berkata: “Ia mangkuk yang baik, sederhana dalamnya dan diperbuat dari kayu Nudhar (dikatakan ia bewarna kemerahan).” Kata ‘Asim, Anas berkata: “Daku pernah memberi minum kepada Rasulullah SAW dalam mangkuk ini lebih dari sekian dan sekian.” Kata ‘Asim, Ibn Sirin berkata: “Sesungguhnya di dalam mangkuk itu ada gelungan dari besi (ikatan dinding mangkuk). Anas mahu menukarnya dengan gelungan dari Emas atau Perak. Namun Abu Talhah (bapa tiri Anas RA) berkata: “Janganlah kamu tukarkan sesuatu yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.” Maka Anas membiarkannya (tanpa membuat apa-apa perubahan).” (al-Bukhari)

Di dalam al-Taqrirat al-Sadidah terdapat perincian yang menarik. Terdapat perincian (berkaitan al-Dhabbah dengan potongan emas dan perak), ada kalanya dhabbah itu hanya kecil, ada pula besar, ada kalanya kerana ada keperluan, ada kalanya untuk perhiasan, ada kalanya menjadi harus, boleh jadi makruh dan boleh jadi haram.

Garis panduan (ضابط) bagi membezakan antara besar dan kecil adalah menurut ‘uruf. al-Hajah atau keperluan yang dimaksudkan pula ialah pada kadar yang cukup untuk menyambungkan semula bahagian yang pecah.

Para ulama berbeza pandangan, apakah perincian ini merangkumi tampalan emas juga atau hanya untuk tampalan perak sahaja. al-Rafi‘ie berpandangan ia merangkumi emas dan perak. Manakala al-Nawawi berpandangan ia hanya untuk tampalan perak sahaja. Adapun tampalan dari emas diharamkan secara mutlaq. Pandangan al-Nawawi ini bertepatan dengan jumhur ulama (al-Majmu’ 1/255 dan al-Hawi al-Kabir oleh al-Mawardi 1/79). Ini kerana dalil keharusan tampalan yang sedikit adalah untuk Perak sahaja. Maka kekal hukum haram untuk tampalan Emas.  

Hukum Menggunakan Bekas Berharga Selain Emas Dan Perak

Harus menyimpan, dijadikan perhiasan dan menggunakan bekas-bekas berharga selain Emas dan Perak sekalipun untuk kegunaan makan dan minum. Inilah pandangan keempat-empat mazhab fiqh terdiri dari mazhab Hanafi (Tabyin al-Haqa-iq oleh al-Zaila‘ie 6/11 dan al-Bahr al-Ra-iq oleh Ibn Najim 8/211), mazhab Maliki berdasarkan pandangan yang rajih di sisi ulama Maliki (Hasyiah al-Sawi 1/62), pandangan Asah ulama mazhab Syafi‘e (al-Majmu’ 1/252, dan al-Hawi al-Kabir 1/78) dan mazhab Hambali (al-Insaf oleh al-Mawardi 1/79 dan al-Mughniy oleh Ibn Qudamah 1/58).

Menutup Bekas

Termasuk di dalam sunnah menutup bekas makanan dan minuman dengan sesuatu sekalipun dengan kayu atau ranting. Anjuran menutup bekas makanan dan minuman ini ditekankan lagi ketika malam hari berdasarkan hadis  daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:

غَطُّوا الإناءَ، وأَوْكُوا السِّقاءَ، فإنَّ في السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فيها وباءٌ، لا يَمُرُّ بإناءٍ ليسَ عليه غِطاءٌ، أوْ سِقاءٍ ليسَ عليه وِكاءٌ، إلَّا نَزَلَ فيه مِن ذلكَ الوَباءِ. وفي روايةٍ : فإنَّ في السَّنَةِ يَوْمًا يَنْزِلُ فيه وباءٌ

Maksudnya:  “Tutuplah bekas-bekas dan ikatlah mulut bekas minuman. Kerana sesungguhnya dalam setahun ada satu malam yang akan turun padanya satu wabak. Wabak itu tidak melalui sesuatu bekas makanan atau minuman yang tidak bertutup melainkan wabak itu akan masuk ke dalamnya.” Dalam riwayat lain dinyatakan: “Sesungguhnya dalam setahun ada satu hari yang akan turun padanya wabak.” (Muslim di dalam Sahihnya – Kitab al-Asyribah – Bab al-Amr bi Taghtiah al-Ina’ wa Ika’ al-Siqa’)

            Sebahagian ulama pula mensyaratkan membaca basmalah jika menutup bekas makanan dan minuman hanya menggunakan kayu atau ranting.[4]

------------------------------------------------ 

[1] Lihat al-Bayan FI Mazhab al-Imam al-Syafi‘e 1/80-81 oleh Abi al-Husain, Yahya bin Abi al-Khair bi Salim al-‘Imrani al-Yamani (W558H), cetakan pertama Dar al-Minhaj 1421H/2000M, Lebanon.

[2] إن النص إذا خرج مخرج الغالب لم يعتبر مفهومه

[3] جلجل ialah bekas kecil bertutup dinamakan Huqqah حقة. Ia menyerupai al-Jaras الجرس iaitulah buah rantai binatang ternak yang mengeluarkan bunyi apabila binatang itu bergerak disebabkan buah yang ada di dalamnya. Riwayat ini menunjukkan Ummu Salamah membuat satu bekas kecil dari Perak seumpama Juljul yang memiliki penutup untuk menyimpan rambut Nabi SAW di dalamnya. (lihat Mirqah al-Mafatih oleh ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari (W1014H) Syarh Misykah al-Masabih oleh Muhammad bin Abdul Latif al-Khatib al-Tibrizi (W741H) 8/385, tahkik Jamal ‘Itaniy, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut)

[4] Lihat Hasyiah al-Kurdiy ‘ala Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah

Cetak
Wallahu a'lam