Tempat Doa Istikharah

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 328

Tempat Doa al-Istikharah

Ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali berpandangan doa Istikharah tempatnya adalah selepas selesai solat.[1] Namun Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah memiliki pandangan yang berbeza dengan pandangan keempat-empat mazhab. Beliau menyebut:

مَسْأَلَةٌ فِي دُعَاءِ الِاسْتِخَارَةِ , هَلْ يَدْعُو بِهِ فِي الصَّلاةِ؟ أَمْ بَعْدَ السَّلامِ؟ الْجَوَابُ : يَجُوزُ الدُّعَاءُ فِي صَلاةِ الاسْتِخَارَةِ , وَغَيْرِهَا : قَبْلَ السَّلامِ , وَبَعْدَهُ , وَالدُّعَاءُ قَبْلَ السَّلامِ أَفْضَلٌ ; فَإِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرُ دُعَائِهِ قَبْلَ السَّلامِ , وَالْمُصَلِّي قَبْلَ السَّلامِ لَمْ يَنْصَرِفْ , فَهَذَا أَحْسَنٌ , وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ

Maksudnya: “Persoalan tentang doa al-Istikharah, apakah dibaca di dalam solat atau selepas memberi salam? Jawapannya: Harus berdoa bagi solat Istikharah dan solat selain Istikharah, samaada (doa itu dibaca) sebelum salam (sesudah membaca selawat selepas bertasyahhud) atau selepas memberi salam. Dan membaca doa sebelum memberi salam adalah lebih utama, kerana Nabi S.A.W. kebanyakan doa baginda dibaca sebelum memberi salam.[2] Maka sebelum salam itu seseorang dikira masih berada di dalam solat, maka ini adalah lebih baik. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.”[3]

Namun, dalam masalah ini kelihatan pandangan keempat-empat mazhab adalah lebih kuat[4], dan pandangan inilah yang lebih bertepatan dengan nas hadith Nabi S.A.W. yang menyebut:

فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ

Maksudnya: “Maka hendaklah dia menunaikan solat sunat dua rakaat, kemudian dia membaca (doa)…”

Terdapat dua isyarat dari ungkapan hadith ini, yang menunjukkan pandangan keempat-empat mazhab lebih kuat, iaitulah:

 -------------------------------------------------------------

[1] Sila lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 3/241

[2] Pandangan Ibn Taimiyyah  ini berdasarkan hadith:

 ثُمَّ لِيَتَخَيَّر مِنْ الدُّعَاءِ أعْجَبَهُ إلَيْهِ فَيَدْعُو

Maksudnya: “Kemudian (selepas memohon perlindungan dari empat perkara selepas selawat di dalam tasyahhud akhir dan sebelum salam), pilihlah mana-mana doa yang dikehendakinya untuk dipohon.” (H.R. al-Bukhari dan Muslim)

[3] Al-Fatawa al-Kubra 2/265

[4] Dalam masa yang sama Ibn Taimiyyah sendiri tidak menolak bolehnya berdoa al-Istikharah selepas salam. Cuma beliau menganggap afdhal doa itu dibaca sebelum salam

[5] Sila lihat Thalathu Solawat Mahjurah, hlm. 44

Cetak
Wallahu a'lam