Solat Dengan Anak Berumur 5 Tahun Perlu Niat Imam?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 323

 

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Soalan daripada saudara Izham Basri: seorang ayah solat berdua dengan anaknya yang berumur 5 tahun dan si ayah niat solat sebagai imam

Jawapan:

Seorang kanak-kanak yang belum baligh selagi dia mumayyiz maka solat dia, jika dia buat dengan betul, maka solat dia sah, dia dapat pahala dengan amalan tersebut. Jika demikian, maka ayah dia, jika jadi imam, maka sah ataupun wajar ayah dia menjadi imam kepada anak yang berumur 5 tahun tersebut, jika ia seorang anak yang mumayyiz. Namun berdasarkan pandangan yang saya pegang, iaitulah pandangan para ulamak mazhab Syafie yang mengatakan Imam tidak menjadi syarat memiliki niat menjadi imam. Jika seseorang tiada niat menjadi imam tiba-tiba ada seorang yang datang mengikuti dia solat, solat Jemaah mereka berdua adalah sah.

Cetak
Wallahu a'lam