Terjemahan Minhaj al-Talibin: Kitab al-Taharah (1)

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 471

[كتاب الطهارة]

قال الله تعالى: {وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُوراً} يشترط لرفع الحدث والنجس ماء مطلق وهو ما يقع عليه اسم ماء بلا قيد فالمتغير بمستغنى عنه كزعفران تغيرا يمنع إطلاق اسم الماء غير طهور ولا يضر تغير لا يمنع الاسم ولا متغير بمكث وطين وطحلب وما في مقره وممره وكذا متغير بمجاور كعود ودهن أو بتراب طرح فيه في الأظهر ويكره المشمس والمستعمل في فرض الطهارة قيل: ونفلها غير طهور في الجديد فإن جمع فبلغ قلتين فطهور في الأصح

Kitab al-Taharah

Firman Allah Taala: “Dan telah kami turunkan dari langit itu air yang tahur.” (al-Qfurqan:48).

Disyaratkan untuk menghilangkan hadas dan najis adalah dengan air mutlak iaitulah apa-apa dinamakan air tanpa qaid. Maka air yang berubah dengan sesuatu (yang suci) yang boleh dielakkan seperti za’faran dalam keadaan perubahan yang terhalang dari diitlaqkan nama air, tidak tahur, dan tidak mengapa perubahan yang tidak menghalang penamaan (sebagai air), tidak mengapa juga dengan air yang berubah disebabkan lama menetap, disebabkan tanah dan disebabkan lumut yang terapung dipermukaan air dan apa-apa yang berada di tempat tinggal air dan tempat laluannya. Demikian juga air yang berubah disebabkan dengan mujawir (tidak larut) seperti ‘ud dan duhn (minyak) atau dengan sebab tanah yang dibuang ke dalamnya pada pandangan al-Azhar. Dan dimakruhkan air al-Musyammas. Dan air al-Musta’mal pada fardhu wudhu, dikatakan juga pada sunat wudhu tidak tahur pada pandangan al-Jadid. Jika dihimpunkan air musta’mal sehingga mencecah dua kolah, maka ia tahur berdasarkan pandangan al-Asah.

Cetak
Wallahu a'lam