Solat Jenazah Ghaib Di Sisi Ulama Mazhab Syafi'ie

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 650

Soalan: 

Saya mendengar penjelasan tentang solat jenayah ghaib yang ustaz buatkan. Apakah itu pandangan mazhab Syafi'ie?

Jawapan: 

Pandangan tidak boleh lagi solat jenazah ghaib kepada jenazah yang telah ditunaikan solat jenazah ke atasnya yang saya sebut di dalam siri Beberapa Isu Berkaitan Pengurusan Jenazah  bukan pandangan ulama mazhab Syafi'ie. 

Ulama mazhab SYafi'ie lebih luas dalam permasalahan solat ghaib, di mana mereka membernarkan solat jenazah ghaib ditunaikan apabila ada kesukaran dan kesempitan untuk menghadirinya, sekalipun jenazah tersebut telah ada kumpulan yang menyembahkannya. Di dalam Mughniy al-Muhtaj dinyatakan:

"DItunaikan solat ke atas (jenazah) ghaib yang tiada di tempat ditunaikan solat, sekalipun jaraknya dekat dan negeri jenazah bukan berada di arah kiblat (negeri yang hendak ditunaikan solat jenayah ghaib tersebut). Pandangan ini berbeza dengan pandangan Abu Hanifah RH dan Malik. (pandangan ulama mazhab Syafi'ie ini). Hal ini kerana baginda SAW telah menunaikan solat jenazah ghaib di Madinah sempena kematian Najashi, pada hari yang sama Najashi meninggal dunia di Habasyah."   

 

 

Cetak
Wallahu a'lam