Soalan:
Salam us,saya nak tanya berknaan puasa.ada tidak istlah gndaan puasa.contohnya tahun ne ad baki sehari xsempt ganti.tahun dpan pulk kena ganti 2 hari?
Jawapan:
وعليكم السلام ورحمة الله
TIDAK ADA gandaan puasa jika tak sempat ganti puasa Ramadan sehingga masuk ramadan berikutnya. terdapat dua golongan yang tidak qadha Ramadan sehingga masuk Ramadan berikutnya:
1) Ada keuzuran yang menghalang dia qadha. Maka dia qadhalah bila hilang keuzuran.
2) Tanpa ada keuzuran. Maka ia berdosa. Wajib bertaubat dari kesalahan ini.
Para ulama berbeza pandangan. Imam Malik, Syafi'ie dan Ahmad berpandangan selain qadha hari yang ditinggalkan, perlu juga orang sebegini mengeluarkan fidyah. Berdasarkan riwayat Abu Hurairah dan Ibn Abbas yang melakukannya. Manakala Imam Abu Hanifah berpandangan ke atasnya wajib qadha sahaja, tidak wajib fidyah. AlQaradhawi berpandangan wajib qadha, manakala fidyah adalah sunat bukan wajib.