Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Ada kawan tanya waktu isyak dah masuk tapi dia nak solat tarawih dulu lepas tu baru solat isyak. Boleh ka mcm tu?
Jawapan:
Waktu solat tarawih adalah selepas solat Isyak. Solat isyak terlebih dahulu baru solat tarawih. Kata Imam Nawawi RH di dalam alMajmu':
يَدْخُلُ وَقْتُ التَّرَاوِيحِ بِالْفَرَاغِ مِنْ صَلاةِ الْعِشَاءِ , ذَكَرَهُ الْبَغَوِيّ وَغَيْرُهُ , وَيَبْقَى إلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ
Maksudnya: "Masuk waktu tarawih dengan selesai dari solat Isyak. Dinyatakan oleh alBaghawi dan selainnya, dan kekal sehingga terbitnya fajar."