Terjemahan Matn Abi Syuja': Bab Wudhu

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 329

 

:فصل
 وفروض الوضوء ستة أشياء: النية عند غسل الوجه وغسل الوجه وغسل اليدين مع المرفقين ومسح بعض الرأس وغسل الرجلين إلى الكعبين والترتيب على ما ذكرناه
 
maksudnya: "Fasal: Dan fardhu wudhu itu ada enam perkara: Niat, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan hingga bersama ke siku, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua-dua belah kami hingga ke buku lali, tertib menurut seperti yang dinyatakan. 
 
Huraian
 
Kalimah الوضوء dengan huruf wau diberi baris dhimmah adalah kata nama untuk perbuatan mengambil air sembahyang iaitulah menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Jika diberi baris fathah ia adalah kata nama untuk air yang digunakan untuk berwudhu. Kalimah الوضوء diambil dari perkataan al-Wadha-ah الوضاءة yang bermaksud cantik, bersih dan berseri dari kegelapan dosa.
 
Pada syarak pula wudhu ialah perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulakan dengan niat. Ia adalah perkara ta'abbudi yang tidak diketahui maknanya, padanya ada perbuatan sapuan dan tiada padanya pembersihan. Kewajipannya datang bersama dengan datangnya kewajipan solat fardhu lima waktu. 
 
Terdapat beberapa perkara yang menjadikan wudhu itu wajib, antaranya: 
 
1. Apabila berhadas. 
2. Apabila hendak menunaikan solat. 
 
Syarat, Fardhu dan Sunat Wudhu
 
Syarat wudhu sama seperti syarat mandi: air  mutlaq, mengetahui sekalipun zhan air yang hendak digunakan adalah air mutlaq, tiada sesuatu yang menghalang (air dari sampai ke anggota wudhu), mengalir air pada anggota dan bebas dari sesuatu yang menghalang seperti haid dan nifas pada mandi selain dari mandi ihram haji dan seumpamanya. 
Cetak
Wallahu a'lam