SDI 0682: Isteri Tak Puasa Kerana Mengandung, Nak Qadha Atau Bayar Fidyah?

Soalan: 
 
Assalamualaikum w.b.t Ustaz moga dalam rahmat dan lindungan nya insya allah, Maaf Ustaz saya ingin bertanya, pada bulan ramadhan tahun lepas isteri saya mengandung dan beliau meninggal kan fardhu puasa untuk beberapa hari (lebih sepuluh hari) kerana bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungan, jadi patutkah beliau ganti/mengqadha puasa atau membayar fidyah sahaja atau kedua-dua nya sekali?? Mohon pencerahan Ustaz, kami amat memerlukan nya, Sekian dan terima kasih dari saya. 
 
Jawapan: 
 
Jika isteri tuan kerap mengandung, memadai dengan dia membayar fidyah sahaja. Jika dia jarang mengandung, dia qadha puasa tersebut. Inilah pandangan yang dinyatakan oleh al-Qaradhawi.
 

Cetak  
Wallahu a'lam