Soalan:
Ustaz, mcmana nak jawab salam org sebelah kita waktu dia habis solat? Maksud saya dalam solat jemaah waktu org sebelah kita bagi salam habis solat dia menoleh kpd kita.
Jawapan:
Salam tersebut bukan untuk dijawab oleh kita yang berada di sebelah. Salam tersebut adalah salam keluar dari solat yang tidak perlu dijawab oleh orang sebelah. Salam tersebut diberikan kerana mematuhi sabdaan Nabi SAW:
وتحليلها التسليم
Maksudnya: "dan menghabiskan solat adalah dengan memberi salam."