Hukum bagi yang tak hadir Jumaat solat Zohor sebelum Jumaat dilaksanakan

Kata Syeikh Idris al-Marbawi di dalam Bahrul Mazi:

“Wajib atas orang yang sembahyang Zohor pada hari Jumaat, dahulu daripada sembahyang imam  - maksudnya dia sembahyang Zohor, sebelum jemaah di masjid laksanakan solat Jumaat. wajib apa? - “bahawa mengulangi ia akan sembahyangnya” - maknanya kalau dia sembahyang Zohor sebelum Jumaat di masjid di laksanakan, wajib orang itu ulang semula sembahyang Zohor tersebut. Tak berhenti setakat tu, dengar, yang akhir ni paling penting sekali. Apa kata syeikh Idris al-Marbawi?

“Kerana bahawasanya mendatang ia akan dia fardhu yang lain, wallahu a’lam.”

Kerana apa dia wajib ulang balik solat Zohor dia kalau dia tunaikan pada hari Jumaat sebelum Jumaat didirikan? Kerana apa? Kerana dia telah melakukan perkara yang tidak difardhukan ke atas dia. Paham dak?

Sebagai contoh, seorang lelaki, Ahmad nama dia. Dia tak pergi sembahyang Jumaat. Orang azan Jumaat pada hari Jumaat, Ahmad terus sembahyang Zohor di rumah, sedangkan solat Jumaat di masjid belum dilaksanakan. Ahmad sembahyang Zohor di rumah. Habis dia sembahyang Zohor di rumah dia, barulah Jumaat dilaksanakan di masjid. Apakah hukum sembahyang Zohor yang Ahmad dirikan? jawapannya; Tidak sah!. Kerana apa? Kerana tiada perintah sembahyang Zohor kepada Ahmad pada hari Jumaat. Yang diperintahkan kepada Ahmad pada hari Jumaat adalah menunaikan sembahyang Jumaat. Bagi siapa ni? Iaitulah bagi orang yang tidak datang ke masjid untuk menunaikan Jumaat tanpa ada keuzuran.

Tetapi orang yang tidak datang ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat kerana ada kebenaran, perlu tak dia ulang semula solat Zohor yang ditunaikan sebelum Jumaat? contoh orang perempuan. Orang perempuan wajib tak sembahyang Jumaat? jawapannya; orang perempuan tak wajib sembahyang Jumaat. Jadi apa hukum orang perempuan menunaikan solat Zohor di rumah sebelum Jumaah dilaksanakan? Hukumnya Sah, kerana sememangnya orang perempuan diperintahkan menunaikan solat Zohor pada hari Jumaat. Jangan salah faham dalam masalah ini.

Orang perempuan, ramai tanya saya; “Ustaz apa hukum orang perempuan sembahyang Zohor di rumah sebelum Jumaat habis?” saya kata; apa masalahnya? Mereka jawab, ada orang kata sembahyang tak sah, kerana kena tunggu sembahyang Jumaat habis dahulu. Saya jawab; Itu untuk orang yang wajib tunaikan Jumaat, tetapi dia tak tunaikan Jumaat dengan sengaja. Orang yang seperti ini, kalau dia sembahyang Zohor sebelum Jumaat, tidak sah Zohor dia. Kerana tidak ada hukum Zohor pada dia, kerana yang diperintahkan kepada dia pada hari Jumaat ialah solat Jumaat.

Tetapi kalau sesudah selesai solat Jumaat, datang tak perintah solat Zohor kepada orang yang sengaja tak hadir Jumaat? Jawapannya; ya, perintah untuk menunaikan solat Zohor ke atas dia, baru datang, kerana Jumaat telah selesai. Tidak ada dua Jumaat dalam situasi biasa (bukan dalam situasi pendemik), mesti sekali sahaja Jumaat.

Soalan dari jemaah: “kalau musafir?”

Jawapan: seseorang musafir pada hari Jumaat, dia wajib tunaikan Jumaat ataupun tidak? jawapannya tak wajib. Jadi dia boleh tunaikan Zohor sebaik sahaja masuk waktu Zohor, sekalipun masjid belum tunaikan solat Jumaat lagi. Kerana dia tidak wajib menunaikan solat Jumaat.   


Cetak  
Wallahu a'lam