Solat sunat Isyraq adalah Solat sunat Dhuha

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 199

 

Jika kita melaksanakan empat rakaat solat sunat Isyraq, adakah bermakna kita telah melaksanakan empat rakaat Dhuha? Kerana ada ustaz yang berpandangan solat sunat Isyraq itu adalah solat sunat Dhuha di awal waktu.

Kan kita dah tahu dalam sunnah ada solat Dhuha, ada solat Isyraq. Solat Isyraq iaitulah solat yang ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu dibenarkan solat. Kita semua tahu, selepas Subuh kita tidak dibenarkan solat sunat. Sehinggalah matahari terbit dan naik tinggi segalah, baru dibolehkan menunaikan solat sunat.

Jadi solat sunat yang ditunaikan ketika matahari tinggi segalah, maka solat solat itu dinamakan solat sunat Isyraq. Dan kita juga tahu, di dalam sunnah ini ada solat Dhuha yang waktunya bermula apabila matahari tinggi segalah sehinggalah matahari tegak di atas langit. Ini waktu dhuha.

Jadi ada orang kata solat Isyraq itu adalah solat Dhuha, solat yang sama. Cuma solat Dhuha jika ditunaikan di awal waktu, dinamakan sebagai solat Isyraq. Dan kita kena tahun waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat Dhuha iaitulah apabila bahang kepanasan matahari telah terasa. Maka itulah waktu afdhal menunaikan solat DHuha.

Soalan dia, ada orang kata solat Isyraq adalah solat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu.

Maka untuk menjawab soalan ini, saya nyatakan sememangnya terdapat sebahagian ulama yang berpandangan solat sunat Isyraq adalah solat sunat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu. Memang ada ulama yang sebut begitu. Justeru berdasarkan pandangan ini, iaitulah pandangan ulama yang mengatakan solat sunat Isyraq itu adalah solat sunat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu, empat rakat solat sunat Isyraq yang ditunaikan itu adalah juga solat sunat Dhuha, sama sahaja. Inilah pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie  

Cetak
Wallahu a'lam