SDI 1301: Lewat Qadha Puasa

Friday, December 27, 2013

Soalan:

Assalamualaikum. saya ingiin bertanya tentang fidyah yang perlu dibayar oleh saya kerana tidak menggantikan puasa akibat datang haid. Semasa tingkatan 1 (2007), saya didatangi haid selama 7 hari. tetapi saya tidak menggantikan puasa tersebut. Ketika saya tingkatan 4 (2010) barulah saya menggantikan puasa yang telah saya tinggalkan pada 2007 selama 7 hari. NAmun begitu,saya tidak membayar fidyah sehingga sekarang saya berumur 19 tahun (2013). Saya ingin bertanya berapakah fidyah yang dikenakan oleh saya jika saya ingin membayarnya dengan wang tunai. Saya berharap tuan dapat membantu saya dalam hal ini.terima kasih.

 

Jawapan:

Kewajipan yang berbaki bagi adik yang bertanya ialah bertaubat kepada Allah jika kelewatan menggantikan puasa itu berlaku tanpa sebarang keuzuran. Tiada kewajipan lain lagi. Inilah pandangan yang dipilih oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin RH di dalam al-Syarh al-Mumti’ 6/451 dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam Taisir al-Fiqh: Fiqh al-Siyam.

Tentang fidyah jika sengaja melewatkan puasa, terdapat riwayat dari beberapa sahabat Nabi seperti Abu Hurairah dan Ibn Mas’ud. Namun Al-Qaradhawi dan al-‘Uthaimin berpandangan ia membawa maksud Sunat bukan Wajib. Dan fidyah juga tidak berganda berdasarkan pandangan yang disebut oleh Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy.


Cetak  
Wallahu a'lam