SDI 1310: BIla Berakhir Waktu Solat Isyak

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 1597
Soalan:
 
Salam ustaz...
Saya nak tanya...
 
ibu saya seorg peniaga..dan selalunya bila pukul 9 mlm dia akan terus tidur.
ibu saya pasang niat jaga pagi2 (3 pagi) utk solat isyak dan terus tahjud..boleh ke ustaz... atau ibu kena solat isyak dahulu kemudian tidur baru ibu boleh buat tahjud pada pukul (3 pagi).
 
Jawapan:
 
Saya menasihatkan agar menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum tidur, bagi keluar dari perbezaan pendapat di kalangan ulama. Apabila sampai 1/3 akhir malam, dia boleh bangun dan menunaikan solat sunat berdasarkan kemampuannya. Hal ini kerana para ulama berbeza pandangan tentang bilakah berakhirnya waktu solat isyak. Sebahagian mereka mengatakan waktu bagi menunaikan solat Isyak akan berakhir sehingga pertengahan malam. berdasarkan firman Allah SWT: 
 
أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْل
 
Maksudnya:“Dan dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam…” (al-Israa’: 78)
 
Di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan:“Sampai gelap malam” 
 
Pada zahir ayat ini menunjukkan waktu solat (zohor sampai isyak) adalah sehingga gelap malam iaitulah pertengahan malam. 

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdulllah bin ‘Amr bin al-‘Ash, Nabi SAW bersabda:
 
وقت الظهر إذا زالت الشمس وكان ظل الرجل كطوله ما لم يحضر العصر، ووقت العصر ما لم تصفر الشمس، ووقت صلاة المغرب ما لم يغب الشفق، ووقت العشاء إلى نصف الليل الأوسط
 
Maksudnya:“Waktu Zohor apabila tergelincir matahari, sehinggalah apabila bayang-bayang seseorang lelaki sama dengan ketinggiannya, selagi belum masuk waktu ‘asar. Waktu ‘Asar pula (berterusan) sehingga belum menjadi kuning cahaya matahari.  Dan waktu solat Maghrib selama-mana tidak hilangnya Syafaq dan waktu ‘Isyak pula sampai pertengahan malam yang tengah.”
 
Dalam riwayat lain baginda nyatakan:
 
ووقت العشاء إلى نصف الليل
 
Maksudnya:“Dan waktu ‘Isyak sampai setengah malam.”  
 
Namun tidak dinafikan kebanyakan ulama termasuk para ulama empat mazhab mengatakan habis waktu solat Isyak apabila masuknya waktu solat Subuh dengan terbitnya fajar Sadiq. Antara dalil mereka ialah sabda Nabi SAW: 
 
أمَا إنَّه ليس في النومِ تفريطٌ، إنَّما التفريطُ على مَن لم يُصلِّ الصَّلاةَ حتى يَجيءَ وقتُ الصَّلاةِ الأخرى
 
maksudnya: "Adapun sesungguhnya bukanlah pada tidur itu perbuatan melengah-lengahkan solat. Sebaliknya perbuatan melengahkan solat adalah siapa yang belum menunaikan solat, sehingga masuk waktu solat yang berikutnya." (HR Muslim) 
 
Cetak
Wallahu a'lam