Umur Haiwan Yang Boleh Dibuat Korban

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 148

 

Unta yang sampai umur musinnah adalah unta yang telah sempurna usia lima tahun, berumur lima nak masuk ke enam tahun, itu maksud dia.

Manakala umur lembu yang musinnah ialah lembu yang telah sampai umur dua tahun, maksudnya sempurna dua tahun nak masuk ketiga tahun. Bukan setahun nak masuk dua tahun. Sebaliknya dua tahun nak pergi ke tiga tahun, boleh buat korban bagi seekor lembu. Itulah pandangan majority ulama berbeza dngan mazhab Maliki yang berpandangan lembu mesti yang telah sempurna usia tiga tahun nak masuk keempat tahun. Dia berbeza dengan majority ulama dalam penetapan umur lembu yang boleh dibuat korban.

Manakala umur kambing musinnah yang boleh dibuat korban adalah kambing yang telah sempurna umur setahun. Ini pandangan majority ulama, kecuali ulama mazhab Syafie yang berpandangan musinnah bagi kambing juga adalah dua tahun, baru boleh dibuat korban. Mazhab Syafie dalam masalah ini bersendiri. Tiga mazhab lagi tidak bersama dengannya. Tadi dalam masalah lembu mazhab Maliki bersendirian, tiga mazhab lagi tidak sama.

Manakala biri-biri di sisi majority ulama adalah yang berumur 6 bulan, manakala di sisi mazhab Syafie, biri-biri yang boleh dibuat korban apabila berumur setahun.  

Cetak
Wallahu a'lam