SDI 1341: Hukum Jamak Solat Bila Sampai Rumah Dari Permusafiran

Soalan:

Saya tidak berhenti solat ketika dalam perjalanan, sebaliknya tangguh bila sampai rumah baru buat jamak ta’khir. Boleh ka?

Jawapan:

Boleh atau harus seseorang yang dalam permusafiran menangguhkan solatnya untuk dilaksanakan secara jamak tanpa qasar apabila sampai di rumah dan waktu solat yang awal telah habis.

Sebagai contoh, ketika masuk waktu Zohor anda masih dalam perjalanan atau permusafiran. Anda berniat hendak melewatkan Zohor untuk ditunaikan di dalam waktu Asar sebaik sahaja sampai di rumah. Ketika anda sampai di rumah, waktu Asar telahpun masuk. Maka anda boleh menunaikan Zohor dan Asar, secara jamak ta’khir tanpa qasar, iaitulah dilakukan empat rakaat-empat rakaat.

Namun jika ketika anda sampai di rumah, waktu Zohor masih berbaki, anda wajib menunaikan solat Zohor secara sempurna (tamam) empat rakaat di dalam waktu Zohor.


Cetak  
Wallahu a'lam