Soalan:
Ustaz, klu wudhu terbatal ketika pusingan ke-3 tawaf. Nak kena mula dari awal ke? Atau bagiaimana?
Jawapan:
1) Majoriti ulama berpandangan toharah (suci dari hadas kecil dan besar) adalah salah satu daripd sayaarat sah tawaf. Mereka pula berbeza pandangan, jika seseorg berhadas ketika tawaf, stlh dia berwudhu apakah dia perlu memulakan tawaf dari mula atau menyambung shj tawafnya yang awal.
Di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 29/131 menyatakan ulama mazhab Hanafi dan Sayaafie berpandangan tawaf disambung, dan tak perlu dimulakan dari awal. Manakala ulama mazhab Hambali dan Maliki berpandangan tawaf perlu dimula dari awal.
2) Sbhgian ulama lain berpandangan toharah tidak termasuk sayaarat sah tawaf. Pandangan ini menjadi pilihan Sayaeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH. Bagi ulama golongan ini, mereka berpandangan org yang terbatal wudhu ketika tawaf tidak perlu berhenti tawaf untuk berwudhu.
alSayaeikh Ibn Uthaimin menyatakan pandangan Ibn Taimiyyah ini adalah YANG BENAR. Ini kerana tiada dalil dari Nabi yang menunjukkan toharah adalah sayaarat sah tawaf. Dalil yang ada hanyalah menunjukkan Nabi SAW berwudhu apabila hendak melaksanakan tawaf. Dalil hanya berbentuk perbuatan dan ia tidak menunjukkan wajib.
Demikian juga hadis 'Aisayaah dan Sofiyyah RA yang berhaid ketika haji yang menunjukkan baginda melarang wanita berhaid dari melakukan tawaf adalah kerana bimbang akan mengotori masjid. Selain itu haid bukanlah hadas kecil. Adanya larangan baginda dari wanita berhaid melakukan tawaf, manakala tiada larangan dari baginda bagi org yang berhadas kecil melakukan tawaf merupakan bukti lain yang menguatkan tawaf tidak disayaaratkan berwudhu. Tambahan pula pd waktu org ramai sudah tentu jika diwajibkan wudhu akan mendatangkan kesukaran. Pandangan ini menurut Ibn 'Uthaimin adalah lebih Sahih, namun jika berwudhu ia adalah lebih berhati2. (Lihat Majmu' Fatawa Ibn 'Uthaimin 22/361)