SDI 1383: Hukum Mandi Janabah Siang Ramadhan

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 284

Monday, August 24, 2009 


Soalan:

humaira: kita tidak dilarang utk berjima' di mlm bln ramadhan, bgaimana dgn hukum utk mandi wajib bg laki2 dan prempuan? adakah sah utk berpuasa pada pagi nya?

Jawapan:

TIDAK MENGAPA mandi janabah/wajib di siang hari Ramadhan, kerana mandi wajib tidak membatalkan puasa. Demikian juga TAK MENGAPA kita melewatkan mandi wajib hingga selepas azan subuh. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada ibu kita 'Aisyah dan Ummu Salamah R.'anhuma yang berkata:

"أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يدركه الفجر في رمضان وهو جنب من غير حُلم، فيغتسل ويصوم"

Maksudnya: "Nabi S.A.W. pernah berada dalam waktu fajar ketika bulan Ramadhan sedangkan baginda berjunub yang bukan disebabkan mimpi, kemudian baginda mandi dan meneruskan puasanya."
Cetak
Wallahu a'lam