SDI 1387: Satu Umrah Boleh Buat Untuk Berapa Orang?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 379

Soalan:

šŸ”“Assalamualaikum ustaz, jika kita telah selesai melakukan umrah untuk diri sendiri kemudian kita hendak lakukan umrah untuk arwah ibu dan ayah adakah kita perlu memakai ihram atau boleh pakai baju biasa. Dan bagaimanakah niat untuk melakukan umrah untuk arwah ibu. Dan bolehkah kita buat satu umrah dan niat umrah untuk ibu dan ayah sekali atau kena buat asing2.

Jawapan:

Kena berihram yang baharu, kerana satu ihram umrah hanya untuk seorang sahaja. Jadi kalau kita nak buat umrah untuk ibu atau bapa, kita kena keluar ke tanah halal semula, yang terdekat ialah di Tanā€˜im. Kita berihram di situ dan kita masuk semula untuk melaksanakan umrah. Katakan umrah yang kali kedua itu kita nak buat untuk ibu. Selesai umrah kedua itu, kita nak buat pula umrah untuk ayah kita, kita kena keluar semula ke tanah halal, yang terdekat adalah Tanā€˜im, lalu kita berihram di situ dan masuk semula ke tanah haram untuk melaksanakan umrah buat ayah kita. Inilah cara melaksanakan umrah untuk orang lain.  

Kemudian soalan bertanya: ā€œbagaimanakah niat untuk melakukan umrah untuk arwah ibu. Dan bolehkah kita buat satu umrah dan niat umrah untuk ibu dan ayah sekali atau kena buat asing2.ā€

Jawapan:

Kena buat asing-asing, adapun niat ia memadai dengan memiliki keazaman yang ada di dalam hati untuk melaksanakan umrah untuk ibu ataupun ayah kita, kerana Allah SWT.

Cetak
Wallahu a'lam