al-Baqarah: 136 & Ali Imran: 64, Antara Yang Dibaca Dalam Solat Sunat

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 507

Bahkan Nabi SAW biasanya membaca قل ياأيها الكافرون pada rakaat pertama dalam qabilah Subuh dan Nabi membaca قل هو الله أحد pada rakaat kedua dalam qabliah Subuh. Kadang-kadang pula Nabi membaca ayat sahaja. Antaranya Nabi SAW biasa baca ayat dalam surah al-Baqarah ayat 136 iaitulah:

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

rakaat pertama Nabi baca selepas membaca al-Fatihah dalam qabliah Subuh. Pada rakaat kedua pula selepas membaca al-Fatihah biasa kita baca قل هو الله أحد, kadang-kala Nabi membaca ayat 64 dari surah Ali Imran iaitulah: 

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ 

Ini rakaat kedua dan ada lagi ayat-ayat yang lain. Nabi SAW baca ayat-ayat ini sahaja iaitulah selepas baca al-Fatihah rakaat pertama solat sunat dan rakaat kedua. Jadi kita boleh pelbagaikan amalan ini dengan niat mencontohi sunnah Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itulah yang terbaik dan itulah yang perlu kita usahaka.

Cetak
Wallahu a'lam