Doa Malaikat Tidak Khusus Kepada Sedekah Subuh Sebaliknya Sepanjang Hari

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 807

Pada malam ini, kita dapat tahu lagi, ada dua malaikat iaitulah yang turun setiap hari, berdoa dengan doa tersebut. Cuma satu perkara bila dah sebut tentang hadis ini, saya nak sebut di mana berlaku sesikit seperti salah faham pada pengamalan masyarakat. Terutamanya bila ada kempen “sedekah Subuh” sehingga masyarakat seolah-olah beranggapan sedekah yang paling baik adalah sedekah pada waktu Subuh.

Sebenarnya kita kena tahu, ada hadis lain yang menyebut ada dua malaikat turun pada waktu petang atau malam, iaitulah Hadis Abu al-Darda’:

ما طلعَتِ شمسُ يومٍ قطُّ إلَّا بُعِثَ بجنبَتَيْها مَلكانِ يناديانِ ، يُسمعانِ أهلَ الأرضِ إلَّا الثَّقلَيْنِ : يا أيُّها النَّاسُ ! هلمُّوا إلى ربِّكُم ؛ فإنَّ ما قلَّ وكفَى ، خيرٌ ممَّا كثُرَ وألْهَى ، ولا آبَتْ شمسٌ قطُّ إلَّا بُعِثَ بجنبَتَيها ملكانِ يُناديانِ ، يُسمعانِ أهلَ الأرضِ إلَّا الثَّقلَيْنِ : اللَّهمَّ أعطِ مُنفقًا خلَفًا ، وأعطِ مُمسكًا تلفًا

Maksudnya: “Tidak terbit matahari setiap hari sama sekali melainkan ada dua malaikat di dua sisi matahari berseru, dan seruan mereka berdua itu didengari oleh semua penghuni bumi melainkan jin dan manusia, mereka berseru dengan berkata: “Wahai sekalian manusia, marilah mendapatkan keredaan dari tuhanmu. Sesungguhnya apa yang sedikit dan cukup itu lebih baik berbanding apa yang banyak tetapi melalaikan. Tidak tenggelam matahari sama sekali melainkan terdapat malaikat di dua sisinya berserudan seruan mereka berdua itu didengari oleh semua penghuni bumi melainkan jin dan manusia, dengan berkata: “Ya Allah, berikanlah kepada orang yang mengeluarkan infaq itu gantian dan  berikanlah kepada orang yang kedekut itu kerugian.” (Sahih al-Targhib; sahih)

Kerana itu semua orang yang bersedekah pada bila-bila waktu dia dapat doa malaikat tersebut. Dia sedekah pada waktu tengahari, tau pada waktu Asar, atau pada waktu maghrib, atau pada waktu isyak, atau pada pukul empat pagi, dia mendapat doa malaikat tersebut. Apa doa malaikat itu? Iaitulah: اللَّهمَّ أعطِ مُنفقًا خلَفًا ، وأعطِ مُمسكًا تلفًا yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kepada orang yang mengeluarkan infaq itu gantian dan  berikanlah kepada orang yang kedekut itu kerugian.” sepanjang hari, sesiapa yang bersedekah, dia mendapat doa malaikat ini. Jadi ambil perhatian, kerana ada orang telepon, baru sebentar tadi kata: “Ustaz saya ni baru kematian suami…” dia dalam iddah, dia tak boleh pergi masjid, dia dituntut kekal di dalam rumah selama empat bulan sepuluh hari. Dia kata: “Saya ni ustaz selalunya setiap pagi bila ke masjid saya akan sedekah untuk dapatkan doa malaikat. sekarang ini saya tak ke masjid sebab beridah. Boleh kah saya himpunkan setiap pagi seringgit-seringgit setiap pagi untuk dapatkan doa malaikat? kemudian habis iddah saya serahkan ke tabung masjid, atau saya serahkan kepada orang miskin sekaligus. bolehkah ustaz?” Saya jawab: “Boleh, tak ada masalahah. Dapat doa malaikat, bahkan pada bila-bila masa kita bersedekah, kita mendapat doa malaikat tersebut.”

Hadis menceritakan ada malaikat turun pada waktu pagi, bukan bermaksud doa malaikat hanya untuk orang yang bersedekah pada waktu pagi sahaja. Doa malaikat untuk sesiapa yang bersedekah sepanjang hari, berdasarkan riwayat daripada Abu al-Dardah sebelum ini.

kerana itu saya rasa kita letak nama sesekah Subuh itu boleh menjadi sebab berlaku salah faham dalam masyarakat seolah-olah nak sedekah kena tunggu waktu Subuh untuk dapatkan doa malaikat. Tidak sebegitu, sebaliknya sepanang hari kita bersedekah, kita mendapat doa malaikat tersebut, kerana doa malaikat bukan khas untuk orang yang bersedekah waktu pagi sahaja.  

Cetak
Wallahu a'lam