Soalan:
Saya masbuk solat zohor. Bersama saya ada seorang makmum yg turut masbuk...setelah imam beri salam, saya dan seorang tadi bangun. Tetapi, dia mengundur ke belakang sedikit dan seterusnya mengikut perbuatan saya sehingga saya selesai solat. Setelah saya memberi salam, dia bangun untuk habiskan baki rakaatnya.
Bolehkah seorang makmum mengambil makmum yg lain sebagai imam walaupun sebelumnya mereka berimamkan imam yang sama?
Jawapan:
Seseorang masbuq atau lebih kepada seorang imam, apabila imam memberi salam, terputuslah ikatan solat mereka dengan imam tersebut.
Oleh kerana itu, harus salah seorang daripada mereka atau mereka semuanya menjadikan seorang lagi sebagai imam. Namun hukum harus ini bersama dengan makruh. Oleh kerana itu adalah lebih baik masbuk menyempurnakan solat dalam keadaan bersendirian atau munfarid. Kata al-Ramli dalam Nihayatul Muhtaj 2/168:
وخرج بمقتد ما لَوْ انْقَطَعَتْ الْقُدْوَةُ كَأَنْ سَلَّمَ الْإِمَامُ فَقَامَ مَسْبُوقٌ فَاقْتَدَى بِهِ آخَرُ أَوْ مَسْبُوقُونَ فَاقْتَدَى بَعْضُهُمْ بِبَعْضٍ فَتَصِحُّ فِي غَيْرِ الْجُمُعَةِ عَلَى الْأَصَحِّ لَكِنْ مَعَ الْكَرَاهَةِ.
Maksudnya: "Dan terkeluar dari status seorang yang mengikut imam apabila telah terputus ikutannya dengan imam seperti apabila imam memberi salam. Maka seorang masbuq bangun untuk menyempurnakan rakaatnya. Lalu ada orang lain atau makmum masbuq lain yang mengikutnya, menjadikan sebahagian daripada mereka mengikut sebahagian lain, maka sahih (sah) ikutan seperti ini selain dari solat Jumaat berdasarkan pandangan Asah beserta dengan makruh."