SDI 1808: Zakat Khultah (زكاة الخُلطة)

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 50

Zakat Khultah (زكاة الخُلطة)

Al-Khultah (الخُلطة) dari segi bahasa: adalah percampuran (المَزجُ)[1], dari segi istilah:

اجتماعُ نِصابَيْ نوعِ نَعَمٍ ، لمالكينِ فأكثَرَ، فيما يوجِبُ تزكيَتَهما على مالكٍ واحدٍ

“Gabungan dua nisab haiwan ternakan sejenis[2], yang dimiliki oleh dua orang atau lebih, dalam perkara yang mewajibkan zakat kedua-duanya (dua harta atau lebih yang bercampur itu) seolah-olah ia milik satu orang.”

 

Harta Khultah terbahagi kepada dua:

[1] Khulah al-Aʿyān (خُلطةُ الأعيانِ), iaitu bahagian salah seorang (atau beberapa orang yang menggabungkan harta) tidak dapat dibezakan daripada bahagian orang lain – seperti haiwan ternakan yang diwarisi oleh sekumpulan orang, atau yang mereka beli bersama – maka ia menjadi pemilikan bersama (syuyu‘) di antara mereka.[3]

[2] Khulah al-Awṣāf (خُلطة الأوصاف), iaitu apabila harta setiap orang itu dapat dikenali dan dibezakan daripada harta orang lain, namun kedudukannya berjiwar seperti harta milik satu orang.[4]

Dalam fatwa Jordan terdapat soalan yang bertanyakan:

Kami sebuah persatuan koperasi di mana setiap individu menyumbang sebanyak dua ribu dinar Jordan, sama ada dibayar sekaligus atau secara ansuran. Persatuan ini mengembangkan dana yang dibayar melalui pembelian barangan yang kemudiannya dijual secara ansuran kepada para penyumbang (ahli) dan juga orang lain. Kami juga mempunyai beberapa projek kecil. Adakah zakat wajib ke atas wang persatuan ini, dan berapakah kadarnya? Perlu diketahui bahawa ahli pekerja yang menyertai berhak menarik balik jumlah wang yang menjadi haknya, tetapi dalam tempoh yang dibenarkan oleh persatuan.

Jawapan:

Harta syarikat dan persatuan yang dilaburkan, dikeluarkan zakat seperti harta seseorang individu. Oleh itu pengurusan harta para penyumbang dianggap seperti harta seorang individu, dan dikeluarkan zakat seperti zakat dua orang yang bercampur harta (الخليطين), sekalipun harta sebahagian penyumbang tidak mencapai kadar nisab. Al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahih-nya daripada Anas RA bahawa Abu Bakar RA menulis kepadanya perintah zakat yang telah diwajibkan oleh Rasulullah SAW:

وَلاَ يُجْمَعُ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ، وَلاَ يُفَرَّقُ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ؛ خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ

“Tidak boleh dihimpunkan harta yang berasingan dan tidak boleh dipisahkan harta yang dihimpunkan semata-mata kerana ingin mengelak daripada zakat.”

Imam Ibn Hajar al-Haytami rahimahullah berkata:

المنقول المعتمد أن الخلطة-أيْ: شيوعاً أو جواراً في الحيوان والْمُعشَّر وغيرهما كما صرحوا به- تجعل المالين كالمال الواحد[5]

"Nukilan pendapat yang muktamad ialah bahawa harta yang bercampur (الخلطة), iaitu sama ada secara syuyu’ atau jiwar, terhadap haiwan ternakan, tanaman yang dizakatkan dan selainnya seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama, menjadikan dua harta itu seperti satu harta." [Tuhfah al-Muhtaj 3/259].

Majoriti fuqaha berpendapat bahawa percampuran harta tidak memberi kesan dalam urusan zakat harta; maka setiap individu mengeluarkan zakat hartanya secara berasingan sekiranya cukup nisabnya sendiri, dan jika tidak cukup nisab, maka tiada zakat ke atasnya.

Untuk mengeluarkan zakat, pengurusan persatuan boleh memilih sama ada:

[1] Mengira zakat sebanyak 2.5% daripada keseluruhan aset persatuan, sama ada dalam bentuk tunai, barang dagangan, atau hutang yang boleh dituntut, kecuali aset tetap yang tidak dikenakan zakat, lalu zakat dikeluarkan melalui wakalah dari pihak para penyumbang, dan jumlah zakat yang dibayar oleh persatuan ditolak daripada setiap ahli mengikut kadar pegangan masing-masing; atau

[2] Setiap ahli sendiri mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada hartanya, tanpa mengira jumlahnya.

Sesiapa yang memilih pandangan mazhab Syafi‘i, maka itu lebih berhati-hati dan lebih melepaskan tanggungan. Dan sesiapa yang memilih pandangan jumhur (majoriti), maka tiada halangan baginya.

----------------------

Teks Fatwa

 (https://aliftaa.jo/fatwa/3411: dilihat pada 4/7/2025: jam 11:41am)

السؤال: نحن جمعية تعاونية يساهم كل شخص فيها بمبلغ ألفي دينار أردني إما أن تدفع مرة واحدة أو مقسطة، وتقوم الجمعية بتنمية تلك الأموال التي يتم دفعها من خلال شراء سلع يتم تقسيطها للمساهمين وغيرهم، ولنا مشاريع صغيرة، فهل الزكاة واجبة في مال هذه الجمعية، وما هو مقدارها، علماً أنه من حق الموظف المشترك سحب مبالغه المستحقة، ولكن خلال مدة تمنح للجمعية؟

الجواب: الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله أموال الشركات والجمعيات الاستثمارية تزكى زكاة المال الواحد، فتعامل أموال المساهمين وكأنها أموال لشخص واحد، فتزكى زكاة الخليطين، حتى وإن كان مال بعض المساهمين لا يبلغ النصاب، روى البخاري في صحيحه عن أنس رضي الله عنه أنَّ أَبا بَكرٍ كَتَبَ لَهُ فَرِيضةَ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (وَلاَ يُجْمَعُ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ، وَلاَ يُفَرَّقُ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ؛ خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ). قال الإمام ابن حجر الهيتمي رحمه الله: "المنقول المعتمد أن الخلطة-أيْ: شيوعاً أو جواراً في الحيوان والمُعشَّر وغيرهما كما صرحوا به- تجعل المالين كالمال الواحد" [تحفة المحتاج 3 /259]. وقد ذهب جمهور الفقهاء إلى أن الخلطة لا تؤثر في الأموال، فكل شخص يزكي ماله على حدة إن بلغ نصاباً بنفسه، وإن لم يبلغ ماله نصاباً فلا زكاة عليه. ولإخراج الزكاة إما أن تقوم إدارة الجمعية باحتساب الزكاة بنسبة (2,5 %) من جميع موجودات الجمعية، سواء أكانت نقداً أم بضاعة أم ديونا حالَّة، إلا الأصول الثابتة فلا زكاة فيها، فتخرج الزكاة بوكالة من أصحاب الأموال، ويتم خصم مقدار ما دفعته الجمعية من كل عضو بحسب نصيبه من حصته، وإما أن يُخرِج كل عضو زكاة ماله بنفسه بنسبة (2,5 %) مهما كان ماله. فمن أخذ برأي الشافعية فهو أحوط وأبرأ للذمة، ومن أخذ بقول الجمهور فلا حرج عليه. والله تعالى أعلم.

 



[1] ((لسان العرب)) لابن منظور (7/291).

[2] كإبلٍ وإبِلٍ، وبقَر وبقَر، وغَنَم وغَنَم، لا بقَر مع غنمٍ، أو إبِل مع بَقَر. ((الفواكه الدواني)) للنفراوي (2/778) .

[3] ((روضة الطالبين)) للنووي (2/170)، ((شرح الزركشي على مختصر الخرقي)) (2/409).

[4] ((روضة الطالبين)) للنووي (2/170)، ((شرح الزركشي على مختصر الخرقي)) (2/409).

[5] ((النهاية)) لابن الأثير (2/62)، ((الفواكه الدواني)) للنفراوي (2/777)، ((أضواء البيان)) للشنقيطي (8/277).

Cetak
Wallahu a'lam