SDI 1810: Pendapat Fuqaha Mengenai Pengaruh ‘al-Khultah’ (Campuran Harta) Dalam Mewajibkan Zakat

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 42

Soalan:
Saya ingin tahu cara pengiraan zakat ‘usyur (10%) bagi syarikat (syarikat jahitan).

Jawapan:

Syarikat seperti ini mempunyai dua keadaan:

Pertama: Jika bidang aktivitinya hanyalah jahitan semata-mata, iaitu tidak menghasilkan pakaian untuk dijual dan mendapatkan keuntungan daripadanya, tetapi hanya bekerja mengambil upah sebagai tukang jahit yang menjahit pakaian dengan bayaran tertentu – dalam keadaan ini, tiada zakat ke atas syarikat kecuali ke atas wang yang diperolehi jika telah cukup haul (genap setahun) dan mencapai nisab sama ada dengan sendiri atau apabila digabungkan dengan wang tunai atau barang perniagaan lain. Zakatnya bukanlah satu persepuluh (10%) seperti yang mungkin difahami daripada soalan, sebaliknya zakatnya ialah satu perempat daripada satu persepuluh (2.5%).

Kedua: Jika bidang aktivitinya ialah menghasilkan pakaian dan menjualnya, maka ia dikenakan zakat seperti zakat barang dagangan (‘urū at-tijārah), iaitu dinilai barang dagangannya dan ditambah dengan wang tunai (jika ada). Jika jumlah keseluruhan mencapai nisab dan cukup haul, maka wajib dizakatkan sebanyak 2.5%. Dalam kedua-dua keadaan, aset tetap seperti mesin jahit tidak dikenakan zakat.

Dan terdapat satu isu di sini, iaitu:

Jika bahagian setiap rakan kongsi – atau sebahagian daripada mereka – kurang daripada nisab, tetapi harta syarikat secara keseluruhan mencapai nisab, adakah zakat wajib ke atas semua? Jawapannya ialah: Isu ini kembali kepada persoalan tentang kesan percampuran harta (khulah) dalam kewajipan zakat. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini:

فإن لم يبلغ حظ واحد منهما منفردا ما فيه الزكاة واجتماعهما عدد الزكاة فلا زكاة عليهما

“Jika bahagian salah seorang daripada mereka secara bersendirian tidak mencapai kadar yang dikenakan zakat, tetapi jumlah mereka bersama mencapai kadar zakat, maka tidak wajib zakat ke atas mereka.”

الخلطة مؤثرة في الزكاة ولو لم يبلغ مال كل خليط بمفرده نصابا

“Khulah memberi kesan dalam zakat walaupun harta setiap individu tidak mencapai nisab secara sendiri.”

ولا يجمع بين مفترق ولا يفرق بين مجتمع خشية الصدقة

“Dan jangan dihimpunkan yang berasingan, dan jangan dipisahkan yang bersama, kerana takut zakat.” (Riwayat al-Bukhari)


Syaikh al-Islam Zakariyya al-Ansari berkata dalam Asnā al-Ma
ālib 1/348:

تثبت خلطة الاشتراك والجوار في الزروع والثمار والنقدين والتجارة كما في الماشية

“Thabit zakat khulah dalam bentuk isytirak dan jiwar pada tanaman, buah-buahan, emas dan perak, dan perniagaan, seperti dalam zakat haiwan ternak.”

Beliau juga berkata:

(وَالْخُلْطَةُ) فِي الْمَاشِيَةِ (قَدْ تُوجِبُ زَكَاةً لَا تَجِبُ) لَوْلَا الْخُلْطَةُ (كَخُلْطَةِ عِشْرِينَ) لِوَاحِدٍ (بِمِثْلِهَا)

(Dan percampuran (الخلطة)) pada haiwan ternakan (boleh mewajibkan zakat yang tidak wajib) sekiranya tiada percampuran, (seperti percampuran dua puluh) milik seorang (dengan dua puluh yang serupa dengannya).”

Pandangan ini adalah lebih berhati-hati. Berdasarkan hal ini: Zakat adalah wajib ke atas semua rakan kongsi, sekalipun bahagian sebahagian daripada mereka tidak mencapai nisab.

------------------------

Teks Asal Fatwa: https://www.islamweb.net/ar/fatwa/59796 dilihat pada 4/7/2025; jam 12:20 tgh

السؤال

أريد معرفة كيفية حساب الأعشار بالنسبة للشركات (شركة للخياطة) وشكرا.

الإجابــة

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، أما بعد:

فهذه الشركة لها حالتان: الأولى: أن يكون مجال نشاطها هو الخياطة فقط أي أنها لا تنتج الملابس لبيعها والربح منها وإنما تعمل كأجير لخياطة الملابس مقابل أجرة معلومة، وفي هذه الحالة لا زكاة على الشركة إلا في ما تحصل من أموال إذا حال عليها الحول وكانت قد بلغت نصابا بنفسها أو بما انضم إليها من نقد أو عروض، وزكاتها ليست العشر كما قد يفهم من السؤال بل زكاتها ربع العشر 2،5 %. والثانية: أن يكون مجال نشاطها هو إنتاج الملابس وبيعها فتزكى حينئذ كزكاة عروض التجارة فتقوم العروض وتضاف إلى النقود إن وجدت، فإذا بلغت نصابا وحال عليها الحول وجب فيها ربع العشر. وفي كلا الحالين لا زكاة في الأصول الثابتة كماكنات الخياطة.

وهنا مسألة وهي: إذا كان نصيب كل واحد من الشركاء أو بعضهم أقل من النصاب، لكن مال الشركة مجتمعا يبلغ نصابا فهل تجب الزكاة على الجميع؟ والجواب: أن هذه المسألة راجعة إلى مسألة تأثير الخلطة في وجوب الزكاة، وقد اختلف في ذلك أهل العلمفالحنفية لا عبرة عندهم بالخلطة مطلقا ولو في الأنعام، وذهب المالكية إلى أن الخلطة إنما تؤثر في زكاة الأنعام فقط إذا كان نصيب كل واحد بالغا نصابا، قال المواق في التاج والإكليلفإن لم يبلغ حظ واحد منهما منفردا ما فيه الزكاة واجتماعهما عدد الزكاة فلا زكاة عليهماوذهب الحنابلة وهو القديم من قولي الشافعي إلى أن الخلطة إنما تؤثر في زكاة الأنعام فقط، وخالفوا المالكية في اشتراط بلوغ كل واحد نصابا. قال ابن مفلح في الفروعالخلطة مؤثرة في الزكاة ولو لم يبلغ مال كل خليط بمفرده نصاباوذهب الشافعية وهو رواية عن أحمد إلى أن الخلطة بشروطها مؤثرة في كل مال زكوي لعموم حديث أبي بكر رضي الله عنهولا يجمع بين مفترق ولا يفرق بين مجتمع خشية الصدقة. رواه البخاري. قال شيخ الإسلام زكريا الأنصاري في أسنى المطالبتثبت خلطة الاشتراك والجوار في الزروع والثمار والنقدين والتجارة كما في الماشية. وقال ابن المقرئ في الروضالخلطة قد توجب زكاة لا تجب؛ كخلطة عشرين بمثلها. وهذا القول هو الأحوط.

وعليه؛ فالزكاة واجبة على الجميع ولو لم يبلغ نصيب بعضهم نصابا.



[1] Beliau ialah: Abu ‘Abdillah al-Mawwāq, Muhammad bin Yusuf bin Abī al-Qāsim bin Yusuf al-‘Abdarī al-Gharnāī (أبو عبد الله المَوَّاق محمد بن يوسف بن أبي القاسم بن يوسف العبدري الغُرْناطِيّ), seorang faqih bermazhab Mālikī, merupakan ulama dan imam kota Gharnāah serta seorang yang soleh pada zamannya. Antara karya beliau: “at-Tāj wa al-Iklīl fī Shar Mukhtaṣar Khalīl” (التَّاج والإكْلِيل في شَرح مُخْتَصَر خَلِيل), dan “Sunan al-Muhtadīn fī Maqāmāt ad-Dīn” (سُنَن المهتدين في مقامات الدين). Beliau wafat رحمه الله pada tahun 897 Hijrah. Rujuk biografinya dalam: “al-A‘lām” oleh az-Ziriklī (7/154), dan “Mu‘jam al-Mu’allifīn” (12/133).

 

Cetak
Wallahu a'lam