SDI 1821: Hukum Muwalah Ketika Menunaikan Solat Secara Jama'

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 27

Soalan:

Wajibkan berturutan melakukan solat jamak?

Jawapan:

Jika jama’ taqdim, maka wajib muwālah atau berturuan antara kedua-dua solat, kerana itulah yang diriwayatkan daripada perbuatan Nabi . Kerana itu tidak ditunaikan solat sunat rawatib di antara dua solat yang dijamakkan, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Jika dipisahkan antara solat pertama dan kedua bagi Jama' Taqdim, dengan pemisahan yang panjang menurut ‘uruf, maka tamat keizinan melakukan jama’ dan wajib menunaikan solat kedua ke dalam waktunya.

 

Namun jika pemisahannya hanya seketika, maka tidak mengapa, seperti sekadar untuk melaungkan iqamat antara dua solat. Dalam al-Sahihain, hadis Usamah dinyatakan bahawa Nabi ketika menjama’kan solat di Namirah, dilaungkan iqamat antara keduanya, dan hadis ini berkaitan jama’ taqdim.

Adapun jika jama’ ta'khir, maka pemisahan yang panjang antara dua solat tidak mengapa, berdasarkan riwayat Usamah bin Zaid yang terdapat dalam al-Bukhari dan Muslim, di mana beliau berkata:

دَفَعَ رَسُولُ اللهِ ﷺ مِنْ عَرَفَةَ حَتَّى إِذَا كَانَ بِالشِّعْبِ نَزَلَ فَبَالَ، ثُمَّ تَوَضَّأ وَلم يُسبغِ الوُضُوءَ. فَقُلْتُ: الصَّلَاةَ يَا رَسُولَ اللهِ. فَقَالَ: الصَّلَاةُ أَمَامَكَ. فَرَكِبَ، فَلَمَّا جَاءَ الُمزْدَلِفَةَ نَزَلَ فَتَوَضَّأ، فَأَسْبَغَ الوُضُوءَ، ثُمَّ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَصَلَّى الَمغْرِبَ، ثُمُّ أَنَاخَ كُلُّ إِنْسَانٍ بَعِيرَهُ فِي مَنْزِلهِ، ثمَّ أُقِيمَتِ العِشَاءُ فَصَلَّى، وَلَمْ يُصَلِّ بَيْنَهُمَا.

“Rasulullah bergerak dari ‘Arafah, sehingga apabila sampai berada di jalan antara dua bukit, Baginda turun lalu membuang air kecil kemudian berwuduk secara ringan. Aku berkata: Wahai Rasulullah, solat? Baginda menjawab: Solat akan didirikan di hadapanmu. Lalu Baginda menunggang, dan apabila sampai di Muzdalifah, Baginda turun dan berwuduk secara sempurna. Kemudian iqamat dilaungkan, lalu Baginda solat Maghrib, kemudian setiap orang menambat unta mereka di tempat masing-masing, kemudian iqamat dikumandangkan dan Baginda solat Isyak, tanpa solat di antara keduanya.”

 

Cetak
Wallahu a'lam