SDI 1823: Al-Fatihah Dalam Solat Jenazah

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 27

Soalan:

Apakah al-Fatihah untuk solat jenazah mesti dibaca selepas takbir yang pertama sahaja? Bagaimana kalau seseorang itu membaca al-Fatihah pada takbir kedua atau ketiga?

Jawapan:

Di sisi mazhab Syafi‘e, berdasarkan zahir perkatan al-Ghazali, dan diikuti oleh al-Rafi'e, membaca al-Fatihah untuk solat jenazah adalah selepas takbir yang pertama. Perkataan Ia dinilai sahih oleh al-Nawawi dalam kitab al-Tibyān.

Namun pendapat yang rajih sebagaimana yang dirajihkan oleh al-Nawawi dalam al-Minhāj, dan ia termasuk daripada tambahan daripada al-Imam al-Nawawi RH, bahawa al-Fatihah sah jika dibaca pada selain takbir pertama, yakni pada takbir kedua, ketiga, dan keempat. Dan al-Nawawi menegaskan hal ini dalam al-Majmū’.

Dalam al-Majmū’, al-Nawawi juga menyatakan boleh menghimpunkan dalam takbir kedua bacaan al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi . Demikian juga jika pada takbir ketiga bacaan al-Fatihah dan doa untuk si mati.

Bahkan, boleh juga jika tidak membaca apa² bacaan selepas takbir pertama solat jenazah.

Selain itu, tidak disyaratkan tertib antara bacaan al-Fatihah dengan rukun yang dibacakan al-Fatihah padanya.

Tidak boleh juga membaca sebahagian al-Fatihah dalam satu rukun dan sebahagian lagi dalam rukun yang lain, sebagaimana difahami daripada perkataan al-Nawawi dalam al-Majmū’, kerana perkara ini (membahagi bacaan al-Fatihah dalam dua rukun) tidak thabit dari Nabi SAW.

Cetak
Wallahu a'lam