SDI 1824: Selawat Ke Atas Nabi SAW Selepas Takbir Kedua Solat Jenazah

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 24

Soalan:

Benarkan selawat ke atas Nabi SAW untuk solat jenazah dilakukan selepas takbir kedua?

Jawapan:

Selawat ke atas Nabi untuk solat jenazah dilakukan selepas takbir kedua, kerana mengikuti sunnah Nabi SAW. Paling ringkas lafaznya ialah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

Disunatkan juga turut berselawat ke atas keluarga Nabi, sebagaimana disunatkan mendoakan kaum mukminin dan mukminat selepas selawat itu.

Disunatkan juga mengucapkan “Alhamdulillah” sebelum berselawat ke atas Nabi . (al-Iqna' Fi Hall Alfaz Abi Syuja' 1/204)

Cetak
Wallahu a'lam